Assalamualaikum w.b.t
I masak nasi beriani ayam ni semasa jamuan hari
lahir yusuf. Semua tetamu makan bertambah-tambah dan puji sedap. Actually
senang sangat nak masak nasi beriani resepi i nie, sbb nya i guna paste yg dh
siap huahua 😜.
So let’s cook!
![]() |
| Nasi Beriani Ayam Anisa |
|
||
(Disclaimer: I bought this product using my own money and this is not sponsored review)
|
Nasi Beriani Ayam
Bahan-Bahan:
1kg beras basmati - beras biasa pon boleh juga
8-10 ketul ayam - rebus dahulu
(air rebusan ayam simpan utk masak nasi)
3 sudu besar minyak masak
5 ulas bawang merah goreng
Daun ketumbar - dihiris
Paste nasi beriani Adami
Cara-Cara:
1. Masukkan beras yg dh dicuci ke dlm rice cooker
2. Masukkan ayam dan air rebusan ayam dlm rice
cooker juga
3. Masukkan paste nasi beriani dan minyak masak
4. Kacau semua bahan sehingga sebati dan masak nasi
mcm biasa
5. Bila nasi dah masak taburkan bawang goreng dan
daun ketumbar. Siap!
Gulai Terung
Bahan-Bahan :
5 batang terung - dipotong sederhana
2 sudu besar cili kering kisar - kisar
8 ulas bawang merah - 3 hiris/5 kisar
5 ulas bawang putih - 2 hiris/3 kisar
2 inchi halia - 1 hiris/ 1 kisar
2 helai daun pandan - disimpul
1 sudu kecil asam jawa
1/4 gula melaka
1 tgkai daun kari
garam dan gula secukupnya
Rempah - kayu manis, buah pelaga, bunga
lawang, bunga cengkih)
Cara-Cara:
1. Tumis rempah, daun pandan, daun kari, bawang dan
halia yg di hiris hingga naik bau
2. Masukkan bahan kisar dan rempah kari+ air panas
sikit, tumis hingga pecah minyak
3. Masukkan gula melaka dan asam jawa dan terung.
Biarkan hingga mendidih dan terung masak.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap!
Selamat
Mencuba 💗
بسم الله
الرحمن الرحيم


No comments