Spicy Korean Fried Chicken

Well sapa tak tahu pasal ayam goreng viral nie kan iaitu Spicy Korean Fried Chicken.. Actually sebenarnya aiman (suami) dah lama mintak suruh buat tp i ckp laa tak ckp bahan sbb kt turki tak de jual or maybe i tak pandai laa nak cari bahan dia kat sini especially sesame oil tu.. Tp tiba-tiba suatu hari tue i terrrrrtengok youtube maangchi (korean chef rasanya), youtube channel dia sgt best 😋 and semua resepi korea yg dia ajar senang nak follow. So, lps i tgk resepi kfc dia tu unexpectedly bahan tue i ada jee kat rumah tk perlu sesame oil bagai haha.. But of course ade je bahan yg i takde mcm gochujang (hot cili paste) and syrup.. But cooking is creativity kan, i pon tukar laaa 2 bahan tue dgn rse yg seakan-akan sama rasanya? Apa dia?? Jom tgk resepi i kt bwh nie.. 



Bahan-Bahan:

Perapan Ayam:
500 gram ayam bhgn kepak or peha 
(nk guna bhgian lain pon boleh cuma kene potong saiz sederhana )
1 sudu kecil ground blackpper powder
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking soda/powder
1 cawan tepung bestari pedas (klu tak de boleh guna tepung ubi/jagung)
1/2 cawan tepung beras 
1 biji telur ayam
Air jika perlu

Sos Ayam:
3 ulas bawang putih -cincang halus
3-4 sudu besar cawan sos tomato
2 sudu besar madu
3 tangkai cili kering yg pedas-buang biji dan potong kecil
2 sudu besar cili flakes yg pedas (cili kering kisar pon boleh rasanya, tp i tk pernah cuba laa)
1 sudu besar cuka
1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Bijan/Sesame -sangai

 Cara-Cara:
1) Perap ayam dgn semua bahan perapan di atas dan boleh tambah sedikit air jika perlu.
2) Goreng ayam td di dalam minyak yg banyak dan panas semua ayam akn masak dgn sekata. Lepas ayam dah bertukat warna golden brown boleh laa angkat dn ketepikan.
3) Kalau ikut resepi maangchi, ayam td goreng lg sekali (double fry) dlm minyak yg panas td selamat 2-3 minit supaya ayam kekal crunchy slps dah disalut sos nnt. 
4) Selepas dah double fry angkat dan ketepikan ayam goreng itu. 

Sos:
5) Tumis bawang putih dgn sedikit minyak masak, masukkan cili kering yg sudah di potong dan kacau seketikan (pastikan api perlahan takut bwg dn cili hangus) 
6) Masukkan cili flakes dan sedikit air panas  (utk elakkan cili hangus) ,kacau sehingga cili masak.
7) Masukkan sos tomato, cuka, madu, gula, dan garam. Kacau semua bahan hingga sebati dan rasa sedikit jika ade kekurangan boleh laa tambah apa yg patut. 
8) Padamkan api gas, masukkan ayam goreng crunchy td ke dalam sos nie dan gaul sehingga semua ayam disaluti sos. 
9) Akhir sekali taburkan bijan dan daun bawang di atas ayam itu. Siap!

Selamat Mencuba

No comments