Georgia

Assalamualaikum w.b.t 
Alhamdulillah dah tamat percutian kami selama 24 hari ke negara-negara Caucasus (Georgia, Armenia, Azerbaijan dan Iran).  Negara pertama yg kami pergi adalah Georgia. So let's start with it. 


14 Jan
Dari Sabiha Airport (Istanbul) kami mengambil flight AnadoluJet (98tl/person) ke Trabzon pada pukul 9am. Sampai di Trabzon pkl 10am dan terus ke stesen bas. Planning asalnya utk ke Uzungol (beautiful lake) tapi berlaku satu kejadian di mana beg aiman tertukar kat airport dan kami semua ubah plan utk jalan-jalan di sekitar bandar Trabzon shj sementara tunggu aiman pergi tukar bag balik kat airport. Pengajarannya kat sini walaupon beg tue nampak sama sebijik dari luar, you tetap kene check tag nama huhu. 

 Pkl 7.15pm kami ambik bas (62tl/person) dan bergerak Batumi, Georgia. Time nk masuk Georgia ni fuhhh sgt dramatik, kami kene keluar bas pkl 11.30pm bawak semua bag dan jalan ke imegresen. Dah laa jauh jgk nk sampai ke imegresen dgn bag lagi dgn yusuf lg 😓. Ini mmg pengalaman sungguh laa.. huhu.. Btw, utk warganegara Malaysia tidak perlu visa utk masuk ke Georgia jika kurang dri 100 hari. 
Lps dh cop teruskan naik bas dn kami turun kat bandar batumi. Dari situ kami jalan kaki je ke homestay. Sampai homestay sejukkkkk yg amat sampai menggigil tulang i. Heater ada cuma kecik pastu dlm toilet takde air panas plak.. hmmm dramatik lagi skali..haha.. Last-last aiman angkat heater tu letak tepi katil baru laa rasa panas dan tido dgn lenanya. 

15 Jan
After breakfast, kami keluar jalan-jalan melihat Bandar Batumi. Cuaca kat sini okey and tak sejuk sgt. Dalam pkl 5.30pm kami ambik van (10 gel) dan menuju ke Kutaisi. Perjalanan ke bandar Kutaisi mengambil masa selama lebih kurang 4 jam. Selepas sampai di stesen bas, kami terus ambil teksi utk ke homestay. Homestay sgt besar dan luas cuma agak sejuk, dan di sini kami stay 2 malam. Malam tue kami beli ayam mentah yg halal utk dinner, kebanyakkan supermarket kt sini mudah nk cari ayam halal so no worries, you can cook here. Btw, semua homestay yg kami ambil di Georgia complete dgn kitchen, washing machine, so you can cook everyday utk jimat heee..


Batumi Boulevard
Europe Square
16 Jan 

After breakfast, kami pon bersiar-siar di sekitar bandar Kutaisi. Kami ambik map dkt tourism center dan cari la tempat menarik utk di lawati. First, kami jalan-jalan dkt White Bridge then pergi Prometheus Cave. Utk ke Cave agak jauh dan kene naik van 2 kali jugak. Entrance fee utk masuk cave 20 gel utk adults, 5 gel students, dan utk baby yusuf free je laa hee.. Dlm 30 minit menjelajah dlm cave tu kami terus balik ke rumah utk masak dan rehat. Before sampai rumah kami singgah skjp makan Georgia traditional food which is kachapuri... soooo yumsssss makan panas-panas time kuar oven tuuu fuhhh nikmat.. 😋  


White Bridge
Prometheus Cave
kachapuri

17 Jan
Seawal 3.30am lagi kami bangun siapkan diri sbb nak kejar train pkl 4.45am utk ke Gori. Otw nk ke train station tu dekat jee, so kami jalan kaki je laa tp hujan renyai-renyai tp kami redah laa juga sambil berlari-lari huhu, pengalaman sungguh dgn sejuk hujan dan baby yusuf.. Alhamdulillah yusuf okey tak de demam just batuk selsema sikit.. Hampir 4 jam perjalanan kami sampai ke Gori, dan terus ke stesen bas utk simpan bag. Kt sini kami pergi melawat Gori Fortress dan juga Joseph Stalin museum.  After that, kami naik bas dan terus menuju ke Tbilisi. Sampai di Tbilisi kami ambik teksi pula dan check-in homestay. Alhamdulillah homestay kt sini cantik, bersih dan complete utk kami 9 org termasuk baby yusuf. Sangat recommended utk sesapa yg nk dtg Tbilisi boleh laa book kt sini, book guna booking.com harga juga sgt berpatutan.

18 Jan
Kami ambik private tour sbb tempat yg kami nak pergi ni jauh di luar bandar Tbilisi. Jadi selepas breakfast dlm pkl 9am, driver dtg pick-up dpn homestay dan kami menuju ke destinasi yg pertama iaitu Bojomi. Otw utk sampai ke Borjomi Park, kami disajikan dgn pemandangan gunung salji yg sangat cantik. MasyaAllah. Sampai di Borjomi Park, kami naik cable car (10 gel) utk ke puncak. Serius kt atas ni memang pemandangan dia mcm lukisan. Walaupon cuaca sejuk tapi demi mengambil gambar yg cantik kugigihkan jua berposing sana-sini haha.. Destinasi yg ke dua ialah Vardzia Cave Monastery (2 gel for students/ adults 7 gel), kt sini pemandanganya juga SubhanaAllah cantiknya. Bersebelahan dgn sungai yg jernih dan gunung-ganang membuatkan binaan gua ini sgt unik. Destinasi yg ke terakhir ialah Rabati Castle/Fortress ( 3 gel), tempat ini tersangatlah besar (raja-raja zaman dulu nie bina besar gila), even i pon tersesat masuk dlm nie bila tak jumpa jalan keluar huhu nasib baik jumpa kwn-kwn lain. Plus, kami pergi time winter jd pemandangan salji dia nampak sgt cantik. 


Borjomi Park


Borjomi Park
Clear river in Vardzia
Vardzia Cave Monastery

In Rabati Castle
Cave vs moutain in Vardzia
View from top of Rabati Castle
Sunset in Rabati

19 Jan

Dlm pkl 11 am kami keluar jalan-jalan sekejap di sekitar bandar Tbilisi utk cari souvenir, tukar matawang, dan beli tiket train utk ke Armenia. Kami dah check-out homestay tapi luggage still boleh simpan dlm rumah tu sekejap sementara tunggu tiket train mlm. Selalunya, klu dh check-out mmg kami tak pernah bwk luggage sbb berat dan tak larat laaa nk travel, mmg akn tinggal lugggae kt hometsay or stesen bas. So far, hari ni takde buat apa sgt just lepak-lepak kt Tbilisi dan malam tue pkl 8.30pm kami kami naik train (78 gel/adult) utk ke Yerevan, Armenia. 

I think itue je laa tempat-tempat menarik yg kami pergi di Georgia. So, the conclusion is, Georgia is a nice country, teksi dia oke tak mahal and tak menipu, ayam halal senang nk dpt jd boleh masak, homestay semua cantik dan selesa and semua book di booking.com, matawang dia of course lagi tinggi dri RM 😅. Btw kami pergi ke sini in a group of 8 and one baby, jd kos per head much more cheaper. If you have any inquires, you can drop the comment below okey.. 

In next post i akan cerita pulak tentang second country we visited which is Armenia!! Stay tuned guys.. 

No comments