Asslamualaikum oke entry yg nie mungkin panjang sikit dari travel yg lain sbb nya kami pergi Iran lama sgt dlm 9 hari haha sbb Iran bnyk tempat cantik dan.. Hampir semua negeri kat Iran tue laa kami jejak, tapi disebabkan dah lama dah kisah travel ke Iran ni dan banyak yg dh lupa haha mungkin takde laa pnjg sgt kot. So, lets go!
27 Jan
Kami sampai di airport Tehran dlm pkl 2-3am (lupa laa the exact time tp igt mmg sampai awal pagi dan mengantuk sgt sambil dukung yusuf) dari Heydar Aliyev International Airport. Slps cop imegresen kt Iran ramai laa org Iran approach nk beli duit dollar dgn foreigner have-have mcm kami nie haha.. Dia mmg tgk dn usha jee kita so hati-hati laa ea dgn beg anda.. Tp kami tk jual pon kt mereka sbb dieorg ambik dgn hrga rendah (jd ilmu exchange currency kene laa tahu ea sblm travel).
Dari Tehran Airport ambik van dn terus ke hostel utk tido dan rehat. Lps hari dh cerah baru keluar pergi bandar utk tukar duit dan lunch. Lunch kt sini best sbb senang nk dpt mknn halal dan portion dia pon bnyk dan sedap especially
kebab + nasi..
Malamnya kami ambik bas utk ke next city which is Shiraz. Perjalanan sgt jauh lbh kurang 12jam tp don't worry bas dia besar dn selesa even bawak yusuf pon boleh la dia tido sampai pagi esoknya.
28 Jan
Sesampai di Shiraz ambik teksi dan kami terus ltk luggage dkt hotel (sbb tk boleh check-in lg) dan jalan2 dkt bandar utk lunch. Lps lunch jalan kjp dlm Bazaar Shiraz cuci mata sambil-sambil aim nk beli apa. Pastu balik hotel rehat tido zzzz. Ptg tu baru keluar lg cari aiskrim, sbb tgk ramai org beli jd kami pon nk try laa jgk kan..Sedap sbb tak manis sgt dan rase lemak susu dia.. Makan aiskrim smbil lepak dpn istana..
| Aiskrim (ada nama sbnrnya tp lupa hee) |
29 Jan
Lepas breakfast kt hotel semua, tour guide dtg ambik utk ke Persepolis & Necropolis. Lbh kuran 20-30minit dlm van sampai laa di destinasi pertama kami haritu iaitu Persepolis. Kt sini nak masuk kene bayar (lupa dh brape, klu student dpt laa murah lg) pastu kami hire tour guide lg utk explain mengenai sejarah persepolis nie klu tgk sndri kan tk faham pulak dan jd cpt bosan, so klu ade org explain utk sembang seronok sikit berbaloi laa masuk..
So apa tu Persepolis? Kata tour guide Persepolis tu ialah "Land of Peace" di mana tempat semua tetamu dari seluruh dunia dtg dan juga tempat keraian. Dkt dinding2 batu dia diukur stp tetamu dari luar yg dtg dgn bwk haiwan.. Kawasan dia sgt lah besar dan luas penat jugak laa nk pusing smpai habis, sape suka sejarah boleh laa dtg sini.. Katanya Persepolis musnah selepas Alexander The Great dtg serang. Nk tahu lg sila laa google ea. Lepas hampir 2-3 jam dlm ni kami pon menuju pula ke Necropolis. Sama je rasa dua tempat nie cuma Necropolis tak menarik sngt sbb tak boleh pnjat dalam, so tgk je laaa bukit guning istana gitu jeee tangkap gmbr pastu dahhh balik.. haaaahaa
| ni ukiran askar yg menjaga Persepolis (tour guide tu yg ambikkan gmbr ni, dia ckp 3D) |
![]() |
| main gate of Persepolis |
![]() |
| ibu + yusuf at Persepolis |
![]() |
| this is our travel buddies (kawan uni aiman) + tour guide |
![]() |
| Necropolis |
Lps tu kami singgah solat kejap dkt masjid yg famous dkt Shiraz iaitu Nasir Al-Mulk Mosque (Pink Mosque). Masjid ni terkenal dgn keunikan seni rekaannya yg membuatkan cermin dinding masjid tu memantulkan cahaya berwarna-warni bila kene cahaya matahari. Sebenarnya ada waktu dia yg tertentu kalau nk tgk masjid nie betul-betul bercahaya.. Google laa ea..
| Kononnya tgh berlakon laa nie 😌 |
![]() |
ini la contoh masjid bila betul-betul cahaya matahari memantulkan pada cerminnya![]() |
![]() |
| Vakil Shiraz Bazar |
![]() |
| Vakil Shiraz Bazar |
30 Jan
Mcm biasa perjalanan utk ke satu bandar mmg jauh dan kami mmg tido dlm bas, keesokan paginya baru laa sampai ke Qishm Island.. Tour guide ambk kami dgn van dan terus bawak ke homestay. Lps dah siap-siap mandi, breakfast terus keluar berjalan. Destinasi pertama ialah pantai (lupa la nama pantai apa tp ade laa sejarah dia huhu) kat sinilaaaa i dgn yusuf tunggang unta kt tepi pantai (pengalaman pertama tunggang unta dan yg paling best sepanjang trip nie haha, walaupon 15 minit jee tp perasaan dpt buat bnda yg i suka dgn yusuf tu dia punya rasa tu tk boleh explain tau, sepanjang ddk atas unta tue tersenyum jee dan fikir "ermm mcm ni laa kot kn Nabi Muhammad Saw tuggang unta berhijrah dulu-dulu". Lenguh kaki ok tunggang unta nie sbb kene bukak kaki luas-luas, pastu tinggi plak, klu ade gayat mungkin akn rasa nerves. 15 minit pon dh memadai bg i.. Terima kasih suami (aiman) bwk kita dan bayarkan sekali tunggang unta dan berlari sana-sini tangkapkan gambar yg cantik haha (stp kali tgk gmbr naik unta tu mesti rasa happy)😘😘😘
p/s: next bawak kite masuk laut nak berenang-renang dgn ikan plak eaaaaa 😉
Slps tu, kami pegi masuk gua, gua ni zaman dulu ade org tinggal besar jugak gua nya (lupa laa nama apa gua ni) gambar pon tk tgkp bnyk kt situ sbb tgh panas..
Habis jelajah gua, kami pegi Qeshm Island UNESCO Global Geopark.. Org tempatan kt sini percaya ade meteor jatuh di kawasan nie dan menyebabkan permukaan bumi di sini jd unik..
Last destination pada hari ni ialah Mangrove Forest. Kat sini kami naik bot bersiar-siar dlm 20 minit tgk pokok mangrove camtu je laaa..
31 Jan
Breakfast dkt homestay makan mknn traditional iran iaitu roti + cheese + jam + telur rebus +air teh. Sepanjang ddk kt iran ni mmg stp pagi breakfast mkn ni.. hmmmmm
Lps tu pagi-pagi lg kami pi tgk dolphin kt tgh laut nuuuunnnn.. huhu naik speed boat siap.. Berdebar jgk laa sbb bawak yusuf kann, dalam hati ckp cepat laaa balikkk 😅.. tp tgk org iran relax je bawak baby kecik ld dri yusuf naik speed boat.. Cari punya cari jmpe laa segerombolan dolphin kt tgh2 laut excited laa skjp sbb first time kan tgk dolphin real dpn mata..
Lps tu pergi Salt Cave.. Gua garam yg berusia beratus tahun.. Dindind-dinding semua penuh garam kt lantai pon ada.
| garam yg melekat kt dinding gua |
| garam asli |
1 Feb
Yazd terkenal dgn barangan tembikar klu tk silap.. Tembikar yg unik dibuat sendiri berwarna warni. I pon ada beli satu set teko dan cawan heee berharga 3 juta rial 😆.. Tp lepas tu dah lupa buat apa kt Yazd sbb itineray yg i tulis tu dah terdelete huhu (tu laa lambat lg update kt blog kan dah lupa). So i letak gambar je laa ea.
![]() |
| rumah lama di bandar Yazd |
![]() |
| padang pasir di Yazd |
hari ini i mmg tak tahu buat apa dan pergi mana, tk dpt nk jejak gambar yg bertarikh 2 jan pon tak de.. haha misteri betul.. nnt klu dah tahu i update laa ea..
3 Jan
Kami berada di bandar Esfahan. Kt sini banyak jugak laa shoppingnya sbb kt sini ada bazar terkenal jugak. Sempat laa beli beg dan alas meja etc. Tp gambar tkde sbb sibuk dok shopping. Mmg Esfahan ni tmpt shopping 3-4 jam dk pusing dlm pasar tue je..
4 Jan
Hari terakhir di Iran kami singgah Tebriz sbb dah bersebelah dgn Van, Turkey. Sampai stesen bas Tebriz ambik teksi pastu terus dia bawak sampai ke sempadan Iran-Turkey.. Kt sini nk beratur masuk punya laa lama dh laa sejuk 😫.. huhu pengalaman sungguh laaa winter trip 2019 (sbb bwk yusuf kan time tu dia baru 1 tahun 3 bulan jd kene sentiasa pastikan yusuf sihat selamat dan ceria).. Dan Alhamdulillah akhirnya kami sampai jugak masuk Turkey dgn selamatnya dan Yusuf pon sihat oke ceria aktif.. Balik rumah pon dia Alhamdulillah sihat.. Tp kami stay dkt Van dulu 2 malam sbb nk pi tgk kucing mata hijau-kuning tue.. Lps tue baru balik ke rumah kami di Sakarya..
Well pengalaman 24 hari mengembara yg tk dpt dilupakan, tulis kt blog buat kenangan masa akn dtg (nnt lupa klu tk tulis hee).
| Ini lah kucing Van yg mata berlainan warna (sebelah kuing sebelah biru) |
Harap semua seronok membacanya dan mendapat input yg berguna.. InsyaAllah lps ni klu pi travel lg i update kt blog ea..
Thank you for reading 💗


















No comments