Nasi ayam penyet sememangnya menjadi kegemaran I selamanya. Ayam nya yg rangup kriuk kriuk, di tambah pula dengan kepedasan sambalnya membuatkan hidangan ayam penyet ini sempurna. Sekarang kalau teringin nak makan ayam penyet buat sendiri je la, so boleh laa tambah banyak kali haha.
Let's cook.
Ayam Penyet
Let's cook.
Ayam Penyet
Bahan-Bahan:
3 ketul ayam yg dipotong besar (1 ekor ayam potong 8)
1 sudu besar ketumbar -sangai dan tumbuk halus
1 sudu kecil jintan manis -sangai dan tumbuk halus
1 sudu kecil jintan putih -sangai dan tumbuk halus
3 ulas bawang putih -tumbuk halus
1 inchi halia -tumbuk halus
1 sudu kecil serbuk kari1 inchi halia -tumbuk halus
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/3 cawan tepung beras
1 biji telur
1 biji telur
1 sudu kecil garam
Cara-Cara:
1. Rebus air di dalam periuk dan masukkan hirisan halia dan bawang putih. Tunggu air sehingga mendidih dan masukkan ayam. Rebus sehingga ayam masak dlm 15-20 minit.
2. Angkat ayam rebus td dan ketepikan. Air rebusan ayam simpan untuk masak nasi dan juga sup.
3. Di dalam bekas, satukan tepung beras, telur, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serbuk kari, serbuk kunyit, bawang putih, halia, dan garam. Lumurkan semua campuran kepada ayam rebus td.
4. Perap ayam semalaman untuk rasa yg lebih enak atau kalau nak cepat perap 2-3 jam sebelum.
5. Goreng ayam di dalam minyak yg panas (tutup kuali semasa menggoreng), angkat bila ayam sudah bertukar warna kekuningan. Siap!
6. Tempe dan tauhu juga boleh digoreng menggunakan bahan perapan ini.
Sup Ayam
Bahan-Bahan:
Baki air rebusan ayam
1 kiub pati ayam (sup bunjut pon boleh)
Daun sup -hiris
Daun bawang -hiris
Cara-Cara:
1. Panaskan semula baki air rebusan ayam td, dan masukkan kiub pati.
2. Kacau sehingga mendidih dan masukkan sedikit garam jika perlu.
3. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang semasa menghidang. Siap!
4. Perap ayam semalaman untuk rasa yg lebih enak atau kalau nak cepat perap 2-3 jam sebelum.
5. Goreng ayam di dalam minyak yg panas (tutup kuali semasa menggoreng), angkat bila ayam sudah bertukar warna kekuningan. Siap!
6. Tempe dan tauhu juga boleh digoreng menggunakan bahan perapan ini.
Sup Ayam
Bahan-Bahan:
Baki air rebusan ayam
1 kiub pati ayam (sup bunjut pon boleh)
Daun sup -hiris
Daun bawang -hiris
Cara-Cara:
1. Panaskan semula baki air rebusan ayam td, dan masukkan kiub pati.
2. Kacau sehingga mendidih dan masukkan sedikit garam jika perlu.
3. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang semasa menghidang. Siap!
Sambal Penyet
Bahan-Bahan:
5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
3 biji buah tomato merah - potong 4
5 ulas bawang merah - potong 4
2 ulas bawang putih
1-2 inchi belacan
3 sudu besar ikan bilis
2 inchi gula melaka
2-3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
3 biji limau kasturi @ limau purut
Cara-Cara:
1. Panaskan kuali tanpa minyak dan bakar belacan 2-3 minit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak 4 sudu besar dan goreng ikan bilis sehingga masak, angkat dan ketepikan.
3. Sambung goreng cili merah, cili padi, tomato, bawang merah, bawang putih sehingga layu.
4. Kisar kasar semua bahan yg digoreng termasuk ikan bilis dan belacan.
5. Goreng balik bahan kisar dlm kuali minyak tadi, tambah minyak masak jika perlu.
6. Goreng sehingga sambal pecah minyak, dan masukkan gula melaka, garam, dan gula.
7. Akhir sekali perahkan air limau Kasturi sblm matikan api. Siap!
Selamat Mencuba
No comments