Assalamualaikum w.b.t
Terdetik kali ini utk aku menulis tentang "BAHAGIA".
Kenapa? Kerana kebanyakkan org mengatakan melihat aku selalu bahagia.. Mereka mengatakan seronok melihat aku bahagia bersama keluarga..
Mereka bahagia melihat aku bahagia..
Tapi bahagiakah aku?......
Apa itu bahagia? Bagaimana untuk rasa bahagia?
Bagi aku, bahagia (hapiness) itu subjektif. Setiap individu mempunyai definisi bahagianya tersendiri.. Sbb itu kita tidak boleh ukur kebahagiaan kita melalui pandangan orang lain, dan kita juga tidak boleh ukur kebahagiaan org lain melalui pandangan kita.. because we are difference, too much differences..
Actually, semua orang pon bahagia. Kamu bahagia cuma tidak sedar yg sebenarnya itu bahagia, kerana yg membezakan org yg bahagia dan tidak bahagia itu adalah diri kamu sendiri. You choose what you want to be. If you choose to be sad and gloomy than you'll be sad. But if you choose to be happy than you'll be happy. Kadang-kadang kita ingin positif dan cuba untuk merasa bahagia tapi keadaan sekeliling yg membuatkan kita terfikir, "aku masih tidak cukup bahagia krn melihat org lain lebih bahagia".. This is soo wrong.. Totally wrong.. Please don't ever compare you life with others if you want to be truly happy..
Ya, ianya mmg susah utk betul-betul menghayati ayat ini "don't compare with others" , "don't compare with others".. Even aku juga sama, selalu bandingkan dgn org lain yg punya lebih banyak masa, punya lebih banyak harta, punya lebih banyak kawan-kawan, punya lebih bijak dan punya lebih bahagia.. Trust me, selagi mana kamu membandingkan diri kamu dgn org lain yg kononya lebih bahagia itu nescaya kamu sendiri yg tidak akan merasa bahagia.. Hayatilah hidup kamu dgn apa yg ada kerana semuanya sudah tertulis.. Bersyukurlah kerana kamu masih boleh makan stp hari, boleh mandi setiap hari, ada rumah utk berteduh, masih sihat tubuh badan utk bergerak, masih boleh belajar, masih boleh bekerja, masih boleh menulis, masih ada keluarga, masih ada suami/isteri dan anak-anak dan banyak lagi nikmat yg kamu tidak nampak, kerana apa?? KERANA kamu sibuk mencari dan melihat nikmat dan kebahagiaan org lain..
Pada saya, utk melahirkan rasa bersyukur dan menghargai nikmat bahagia yg Allah kurniakan pada kita, lihatlah org yg berada di bawah kita, org yg lebih susah drpd kita. Lihatlah pada mereka yg tidak ada harta, tidak dpt mkn stp hari, tidak dpt tido dgn lena stp malam, tidak dpt belajar krn tidak cukup wang, tidak ada keluarga, tidak ada rumah, tidak sihat tubuh badan. Lihat dgn mata dan rasai dgn hati, nescaya kamu akan rasa bersyukur. Bila masa aku merasa diri ini tidak bahagia dan tidak cukup, aku akan terus lihat org yg jauh lebih susah dari aku, dan terus akan merasa cukup dan bersyukur dgn hidup yg Allah tuliskan.. Aku masih punya keluarga, punya suami dan anak, punya kawan, punya kesihatan tubuh badan utk bergerak, punya rumah utk berteduh, punya makanan stp hari, punya pakaian yg cukup utk melindungi badan dari kesejukkan, punya air yg bnyk utk minum dan mandi, punya komputer utk melakukan kerja.. Jadi bahagiakah aku?? Ya aku bahagia..
Nikmat dan rezeki Allah bagi utk setiap org berbeza.. Aku bahagia sbb org lihat aku sentiasa bergembira bersama suami dan anak di rumah, berjalan-jalan ke sana ke sini, dapat masak utk suami stp hari, dpt jaga anak sendiri di rumah. Ya, aku bersyukur dan bahagia dgn nikmat itu. Aku suka masak dan main dgn kanak-kanak, jd aku bahagia.. Tapi aku juga pernah di uji kesedihan bila terpaksa berjarak jauh bersama suami hampir setahun ketika aku mengandung dan melahirkan anak pertama kami.. Aku juga pernah menangis sedih murung melihat org lain bahagia bersama suami dan anak. TAPI aku ada ayah yg akan selalu belikan makanan kalau aku mengidam, aku ada mak yg sentiasa menemani dan bacakan ayat Al-Quran dlm labor room ketika aku sakit utk bersalin, aku ada ramai mak saudara yg menjaga aku dan baby ketika berpantang, aku ada ibu dan ayah mertua yg sgt baik selalu menziarahi aku dan baby di kelantan sejak aiman (husband) pergi ke Turkey, bawa kami makan dan jalan-jalan.. Jadi bahagiakah aku? Ya aku bahagia
Orang juga melihat aku bahagia dikurniakan rezeki untuk tinggal di luar negara (Turkey) bersama suami dan anak. Suami aku dapat biasiswa utk menyambung phd di sini, jadi dia bawa kami sekeluarga tinggal disini, dan skrg kami tinggal di rumah pertama kami (walaupon menyewa) di Sakarya. Tinggal di negara orang ni memang seronok, dpt kenal tmpt org, budaya org, dpt rasa musim sejuk dan salji.. Tapi ada bnyk juga cabaranya tinggal di sini. Dkt sini, bahasa menjadi penghalang utama kerana mereka tidak menggunakan bahasa inggeris, jd amat sukar utk aku bergerak, membeli barang dan juga utk berkomunikasi dgn orang tempatan. Jadi aku dan suami terpaksa gigih berusaha belajar bahasa mereka iaitu bahasa turki utk meneruskan kelangsungan hidup kami. Stp malam, aku akan study sikit-sikit bahasa turki utk memudahkan kehidupan di sini.. Tambahan, dkt sini, kami tiada kenderaan sendiri, jd utk keluar kemana-mana kami akan menaiki bas atau public transport.. Utk membawa bayi kecil seperti yusuf agak sukar krn agak cuaca sejuk dan juga persekitaran kt sini yg berbuki-bukau. Stp bulan kami akn beli brg keperluan rumah (beras, ayam ikan, minyak masak, sayur, buah dll) dgn membawa beg besar (bag pack travel yg org buat pergi travel tu) dan kendong yusuf panjat bukit dan naik bas utk ke pasar.. Balik dari pasar pasti kami semua akn keletihan dan aiman (suami) akan sakit bahu sbb bawak beban terlalu berat huhu.. Tapi aku bersyukur, sekurang-kurangnya kami masih mampu utk membeli makanan, masih dikurniakan badan yg sihat dan mampu utk berjalan ke pasar.. Jadi bahagiakah aku? Ya aku bahagia..
Semua orang bahagia, cuma bagaimana kite definisikan bahagia itu.. Sesetengah org bahagia bila duit dlm akaun simpananya ada 1 juta, ada org bahagia walaupon duit simpananya ada 1 ribu.. Sesetengah org bahagia bila dpt travel satu dunia, ada org bahagia walaupon dpt keluar pergi ke taman atau mall.. Sesetengah org bahagia bila ada rumah besar ada kereta mewah, sesetengah org pula bahagia walaupon ada rumah sewa kecil dan tiada kereta.. Sesetengah org bahagia bila ada kerjaya hebat naik pangkat gaji besar, ada org walaupon kerja biasa gaji kecil tetap bahagia.. Jadi apakah kamu bahagia dgn apa yg kamu ada sekarang?
Aku bahagia tidak bermakna aku tidak pernah sedih, cuma aku tidak ingin kesedihan itu mematahkan semangat utk aku meneruskan kehidupan.. Aku perlu bahagia kerana aku ada tanggungjawab utk keluarga yg memerlukan semangat dan senyuman aku setiap hari.. Aku bahagia kerana aku pilih untuk bahagia.. So, do not judge my story by the chapter you walked in on..
Kamu juga perlu bahagia kerana senyuman kamu juga mungkin dapat memberi kebahagiaan untuk org lain 😚
I berharap post ini dapat memberi manfaat kepada semua yg membacanya.. Thank you for reading 💗
Kamu juga perlu bahagia kerana senyuman kamu juga mungkin dapat memberi kebahagiaan untuk org lain 😚
I berharap post ini dapat memberi manfaat kepada semua yg membacanya.. Thank you for reading 💗
No comments