Sambal Belacan

Aiman beli cili padi 1/2 kg okeh, i suruh beli 1 genggam je hmmm padahal nak makan berdua je 😬.. Takpelah terima kasih sbb beli cili padi oke suami hee.. Sbb cili padi bukan boleh simpan lama sangat kan, jadi i pun buat laa sambal belacan sbb sambal belacan boleh simpan lama dalam peti ais.. I suka je sambal belacan lagi-lagi kalau makan dgn kari daging or ayam, fuhh masyuk kot 😋.. Tapi aiman tak suka sgt sambal belacan/ sambal cili-cili nie, TAPI yg i buat nie dia makan bnyk jugak dan ckp sedap 😚.. haha nampak tak permainan dia? So ape lg masak laa ikut resepi i nie pasti suami anda pon suka haha, Let's cook!

Sambal Belacan Anisa
Bahan-Bahan:
10 tangkai cili padi
5 tangkai cili besar merah
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inchi belacan
1 biji tomato
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar cuka
2 biji limau kasturi/limau nipis/lemon

Cara-Cara:
1. Bakar bawang merah, bawang putih, dan belacan dlm 5-7 minit sampai nampak hitam-hitam sikit. 
2. Kisar semua bahan bakar, cuka, garam, dan gula sehingga hancur.
3. Masukkan cili padi, cili besar, tomato, air perahan limau/lemon, dan sedikit kulit limau/lemon dlm pengisar tadi dan kisar lagi sehingga 70% hancur. Siap!

Selamat Mencuba

Nasi Ayam Penyet

Nasi ayam penyet sememangnya menjadi kegemaran I selamanya. Ayam nya yg rangup kriuk kriuk, di tambah pula dengan kepedasan sambalnya membuatkan hidangan ayam penyet ini sempurna. Sekarang kalau teringin nak makan ayam penyet buat sendiri je la, so boleh laa tambah banyak kali haha. 
Let's cook. 


Ayam Penyet 

Bahan-Bahan:
3 ketul ayam yg dipotong besar (1 ekor ayam potong 8)
1 sudu besar ketumbar -sangai dan tumbuk halus
1 sudu kecil jintan manis -sangai dan tumbuk halus
1 sudu kecil jintan putih -sangai dan tumbuk halus
3 ulas bawang putih -tumbuk halus
1 inchi halia -tumbuk halus
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/3 cawan tepung beras
1 biji telur
1 sudu kecil garam

Cara-Cara:
1. Rebus air di dalam periuk dan masukkan hirisan halia dan bawang putih. Tunggu air sehingga mendidih dan masukkan ayam. Rebus sehingga ayam masak dlm 15-20 minit.
2. Angkat ayam rebus td dan ketepikan. Air rebusan ayam simpan untuk masak nasi dan juga sup.
3. Di dalam bekas, satukan tepung beras, telur, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serbuk kari, serbuk kunyit, bawang putih, halia, dan garam. Lumurkan semua campuran kepada ayam rebus td. 
4. Perap ayam semalaman untuk rasa yg lebih enak atau kalau nak cepat perap 2-3 jam sebelum.
5. Goreng ayam di dalam minyak yg panas (tutup kuali semasa menggoreng), angkat bila ayam sudah bertukar warna kekuningan. Siap!
6. Tempe dan tauhu juga boleh digoreng menggunakan bahan perapan ini. 

Sup Ayam

Bahan-Bahan:
Baki air rebusan ayam
1 kiub pati ayam (sup bunjut pon boleh)
Daun sup -hiris
Daun bawang -hiris

Cara-Cara:
1. Panaskan semula baki air rebusan ayam td, dan masukkan kiub pati.
2. Kacau sehingga mendidih dan masukkan sedikit garam jika perlu.
3. Tabur hirisan daun sup dan daun  bawang semasa menghidang. Siap!


Sambal Penyet

Bahan-Bahan:

5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi 
3 biji buah tomato merah - potong 4
5 ulas bawang merah - potong 4
2 ulas bawang putih
1-2 inchi belacan
3 sudu besar ikan bilis 
2 inchi gula melaka
2-3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
3 biji limau kasturi @ limau purut

Cara-Cara:

1. Panaskan kuali tanpa minyak dan bakar belacan 2-3 minit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak 4 sudu besar dan goreng ikan bilis sehingga masak, angkat dan ketepikan. 
3. Sambung goreng cili merah, cili padi, tomato, bawang merah, bawang putih sehingga layu.  
4. Kisar kasar semua bahan yg digoreng termasuk ikan bilis dan belacan. 
5. Goreng balik bahan kisar dlm kuali minyak tadi, tambah minyak masak jika perlu.
6. Goreng sehingga sambal pecah minyak, dan masukkan gula melaka, garam, dan gula.
7. Akhir sekali perahkan air limau Kasturi sblm matikan api. Siap!

Selamat Mencuba


Bahagiakah Aku?

Assalamualaikum w.b.t

Terdetik kali ini utk aku menulis tentang "BAHAGIA"
Kenapa? Kerana kebanyakkan org mengatakan melihat aku selalu bahagia.. Mereka mengatakan seronok melihat aku bahagia bersama keluarga.. 
Mereka bahagia melihat aku bahagia.. 
Tapi bahagiakah aku?...... 


Apa itu bahagia? Bagaimana untuk rasa bahagia? 
Bagi aku, bahagia (hapiness) itu subjektif. Setiap individu mempunyai definisi bahagianya tersendiri.. Sbb itu kita tidak boleh ukur kebahagiaan kita melalui pandangan orang lain, dan kita juga tidak boleh ukur kebahagiaan org lain melalui pandangan kita.. because we are difference, too much differences.. 

Tips Travelling With Baby

Assalamualaikum w.b.t 
Entry kali ini, i nak share tentang tips utk travel dgn baby (under 24 months). I akan share berdasarkan pengalaman sendiri. 

Before Travel
First, please ensure that your baby is in a good and healthy condition before travel. 1 or 2 weeks before travel, gives him food that can boost up body immune system - Important! You boleh google or tanya doktor makanan yg bagus utk antibody baby. 
For me, i akan bagi yusuf makan sup ayam, sup ikan, sup sayur, buah-buahan (i gives him homemade apple and orange juice without sugar everyday), dan minum air putih dgn byk sblm nk travel. Plus, i juga akan buat banyak stock 'Chicken Bone Broth (CBB)' dan simpan dlm freezer. Setiap kali nak masak, i akan ambik 1-2 cube dan masukkan dlm makanan yusuf. CBB is very good for baby. Then, pastikan baby rehat dgn secukupnya sbb nnt travel nk guna bnyk tenaga. 

Second, make sure that your baby's basic necessities is complete. For example, medicine, foods, toys (if needed), and apparel (must be suitable according to the weather) 
For me, i akan letak semua segala jenis cream dan ubat yusuf dlm satu beg kecil dan letak dlm luggage, nnt senang nak cari dan dah tak tertukar dgn ubat org lain plak hehe. Makanan i akan bawak ready-made food yg dh siap paket kecik-kecik boleh beli kt mana-mana pasaraya, but i hnya akn bgi in case tk jumpe bubur nasi or sup. Sesetengah org bawak baby food processor, tp sbb i tkde so tak bawaklah haha. Mainan bawak satu dua yg paling baby suka main utk entertain dia dlm flight nnt. Baju baby bwk secukupnya, lebih takpa jgn kurang hehe. Pastikan bawak ikut cuaca negara yg kita pergi tu. Klu musim sejuk kene bawak thermal underwear, winter coat, sweater, gloves etc. pakaian ni penting tau supaya baby selesa dan tk mudah jatuh sakit (nnt i akan explain details pasal pakaian baby pada musim sejuk bila i dah lalui musim sejuk nie huhu nervousnya. )
Basic baby necessities that i brought during travel

Linguine with Bechamel Sauce

Actually i'm a big fan of carbonara and white sauce. So, i prefer ordered or cooked spaghetti carbonara rather than bolognese when we eat outside. Actually you can make your own white sauce without using prego or other instant sauce, and of course your own sauce is much more healthier and baby-friendly (yeay boleh yusuf makan skali, takperlulah ibu masak dua sos dah utk yusuf 😊) 

Bechamel sauce (originated from French) or white sauce is actually the combination of butter, flour and milk. Add a little bit cheese, blackpepper, mixed herbs, and salt and you're ready to serve creamy bechamel sauce. Let's cook! You can read more about it here: Sauces made from Bechamel 

Linguine with Bechamel Sauce Anisa

Nasi Goreng Paprik

Nasi Goreng Paprik asalnya dari negera Thailand. Rasa pedas, manis dan harum paprik ini membuat kite ketagih untuk terus makan dan makan sampai licin haha 😚. Aiman (husband) selalu order menu nie klu mkn kt kedai. One of his fav nasi goreng katanya. Let's cook!

Nasi Goreng Paprik Anisa
Nasi Goreng

Bahan-Bahan:
2-3 mangkuk nasi
3 ulas bawang putih -tumbuk
2 ulas bawang merah -tumbuk
2-3 helai daun limau purut -koyakkan
1 sudu kecil paste tomyum (nk guna kiub tomyum pon boleh)
1 sudu kecil cili kering kisar
3 batang cendawan butang -hiris (optional)
garam dan gula secukupnya

Kuew Teow Kungfu

Assalamualaikum w.b.t 
Ceritanya macam mana i boleh terbuat kuew teow kungfu harini, sbb my husband tersilap beli linguine. I sebenarnya kirim belikan spaghetti tp dia pi ambil linguine plak (main ambik je tak tgk dulu, well lelaki kan 😏). Pastu dia ckp sama jee, eah mana ada sama, bentuk beza kot. 

Cuba tgk gmbr jenis-jenis pasta kat bawah nie, haa kan dan ade bermacam-macam jenis (mostly org tahu spaghetti jee kan) and setiap jenis pasta nie ada jenis sos nya tersendiri. If you nak tahu lebih details tentang pasta boleh baca article ni: Perfecting the Marriage of Pasta & Sauce

Long and thin dried pasta

So, lps tgk linguine tu tetiba dpt ilham utk masak kuew teow sbb bentuk lebih kurang dah cuma warna je lain. Plus, kat sini mana ade jual kuew teow mcm kt Malaysia tu kan, so lps berbincang kami berdua setuju utk buat kuew teow kungfu 😆 (wajib order klu mkn kt kedai haha). Let's cook!

Kuew Teow Kungfu Anisa

Kuah Kacang

Alhamdulillah i can make Kuah Kacang now!! Wuhuuu still can't believe it i can make super delicious Kuah Kacang. So now, i will cook this kuah kacang for hari raya okey mother 💪 (tak payah tempah dah).. 

Actually this is the recipe from my cik long and tokma (turun temurun punya resepi), and i tried made it here, in Turkey for my friends (ye la dulu stay Malaysia tk pernah nk ambik tahu kan resepi ni, pastu dah ddk jauh ni baru la sibuk nak wassap tanya 😂) And surprisingly, my friends also said it is yummy and menjadi kuah kacang anisa 😙 (wuhuu, bkn i je puji sdp tau haha)  
Let's cook!

Kuah Kacang Anisa

Spaghetti Tomato

Sejak kebelakangan nie i suka masak spaghetti tomato atau spaghetti bolognese dgn membuat sos sendiri. Yelaa sbb dulu nak makan spahetti je mesti akan guna sos prego tue kann.. Sejak ada baby yusuf ni, i belajar buat sos sendiri sbb nk bg hidangan sihat untuk baby (read: malas nk masak bnyk kali utk versi baby dan versi adult 😆). Jadi hidangan ini sesuai utk baby dan bukan baby. haha. Let's cook!

Spaghetti Tomato Anisa
Bahan-Bahan:
1/3 paket spaghetti (rebus hingga empuk)
1/2 labu bawang holland - potong dadu
4 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji tomato besar - kisar
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili 
daun bayam satu mangkuk
garam dan gula secukup rasa
2 batang sosej - hiris nipis-nipis (nk guna ayam, daging etc pon boleh)

Cara-Cara:
1. Goreng hirisan sosej seketika dlm kuali, kemudian masukkan bawang holland dan bawang putih, tumis sehingga masak dan naik bau
2. Masukkan tomato kisar kacau-kacau rata sehingga mendidih dan terus masukkan sos tomato, sos cili, garam dan gula. 
3. Masukkan pula spaghetti yg telah direbus dan akhir sekali masukkan daun bayam
4. Kacau sehingga semua bahan sebati dan untuk menaikkan bau harum taburkan sikit daun basil. Siap!

Selamat Mencuba

Gulai Nasi Berlauk Kelantan

I anak jati negeri Kelantan. Dilahirkan dan dibesarkan di Kelantan, jd nasi berlauk sudah menjadi makanan asasi i sejak kecil lg haha.. 😆 Walaupon dah makan berkali-kali tetap nak lg dan nak lagi dan nak lagi dan lagi.. Jadi sejak berhijrah ke negara org nie, i kene laa cuba masak sendiri nasi berlauk nie utk memenuhi kehendak perut. So let's cook !

Nasi Berlauk Kelantan Anisa