Mee Kari


Bahan-Bahan:
1 packet mee kuning -celur
300g isi ayam dan tulang ayam -potong kecil
200ml santan  -jgn pekat dan jgn cair sgt
1/2 paket rempah kari ayam/daging
3 ulas bawang merah -kisar
2 ulas bawang putih -kisar
1 inchi halia -kisar
1 sudu besar ikan bilis -kisar
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil asam jawa
2 biji kentang -potong dadu
Fishball/Fishcake -potong kecil
Telur rebus
Sayur sawi / taugeh -dicelur
Bawang goreng

Cara-Cara:
1. Tumis bahan kisar bersama daun kari sehingga naik bau, kemudian masukkan rempah kari + air panas sedikit dan kacau sehingg pecah minyak. 
2. Masukan potongan ayam dan kentang, biarkan mereneh sekejap sehingga ayam masak. 
3. Masukkan asam jawa, santan dan air secukupnya (biar cair sikit sbb mee kari kuah dia mmg agak cair).
4. Masukkan fish cake, fish ball, garam dan gula. Pastikan kuah dah mendidih boleh laa tutup api. Siap
5. Semasa menghidang boleh taburkan bawang goreng, sayuran yg di celur, hirisan cili, dan juga telur rebus. 

Selamat Mencuba






Daging Blackpepper



Bahan-Bahan:
500g daging - potong nipis dan lebar
3 biji bawang merah -hiris
2 biji bawang putih -hiris
1/2 biji bawang hollad -hiris bulat
1 tangkai cili besar merah -hiris serong
3 tangkai cili padi - ketuk
1 sudu besar blackpepper -tumbuk kasar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis

Cara-Cara: 
1. Rebus daging sehingga empuk. Simpan air rebusan daging 1/2 mangkuk kecil.
2. Dalam kuali lain, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga harum.
3. Masukkan daging rebus, sos tiram, blackpepper, kicap manis, dan air rebusan daging. Kacau sehingga semua sebati.
4. Masukkan cili padi, cili merah, dan bawang holland. Perasakan dgn garam. Kacau sebati dan Siap!