Azerbaijan


22 Jan
Actually pagi ini tiada aktiviti sgt pon, sbb nak tggu bus pkl 5pm ke Ganja Azerbaijan. Memandangkan kami kene check-out pkl 12pm, so kami pon just keluar laa jln kejap pegi Tesco kt Tbilisi tu cari makanan jap sbb nnt dah tak dtg ke Georgia lps nie. DLm pkl 3pm kami balik homestay utk ambik luggage dan terus ke stesen bas. Actually perjalanan ke Ganja 4 jam je, tp sbb bas nie asyik berhenti utk pick up org, so jadi laa 7 jam perjalanan.. The worst is kami tggu hampir 40 minit kt border Azerbaijan sbb ade masalah sikit dgn surname yg tk keluar kt system dia.. Pastu kan passport kami dah ade cop Armenia so, officers Azerbaijan ni soal selidik laa kami kenapa pergi sana, brape malam tido sana, pergi ke tempat yg bergolak tu, dan mcm-mcm lagi.. Die ckp klu pergi tmpt bergolak tu mmg tak dpt dah masuk Azerbaijan gitu laa cite dia.. Yusuf dh merengek-rengek sbb lama sgt tggu baru laa dia cop hmmm.. Btw utk masuk ke Azerbaijan kami semua dh buat visa dulu iaitu 21 dollar fees nya. Yusuf pon kene byr jugak haha walaupon baby. 

Selepas dah selamat masuk Azerbaijan, kami teruskan perjalanan lg utk ke bandar Ganja.. Sepatutnya skjp jee tapi Allah bas ni suka berhenti dgn panasnya sbb heater kuat sgt yusuf tk dpt tido dia nangis laa apa lagi haha.. Pkl 11pm baru sampai homestay nasib baik tempat nya lawa dan bersih.. Mmg semua tido nyenyak laa sbb letih bas lompat cam tue hmmm.. 

Armenia

Hello, now kite teruskan perjalan kita ke Yerevan, Armenia. Actually, i tak tahu pon pasal ada negara nama Armenia kt bumi nie until i went to this trip haha poor me. But, Alhamdulillah, i've got a chance been there and discovered the beautiful of Armenia. 




Spicy Korean Fried Chicken

Well sapa tak tahu pasal ayam goreng viral nie kan iaitu Spicy Korean Fried Chicken.. Actually sebenarnya aiman (suami) dah lama mintak suruh buat tp i ckp laa tak ckp bahan sbb kt turki tak de jual or maybe i tak pandai laa nak cari bahan dia kat sini especially sesame oil tu.. Tp tiba-tiba suatu hari tue i terrrrrtengok youtube maangchi (korean chef rasanya), youtube channel dia sgt best 😋 and semua resepi korea yg dia ajar senang nak follow. So, lps i tgk resepi kfc dia tu unexpectedly bahan tue i ada jee kat rumah tk perlu sesame oil bagai haha.. But of course ade je bahan yg i takde mcm gochujang (hot cili paste) and syrup.. But cooking is creativity kan, i pon tukar laaa 2 bahan tue dgn rse yg seakan-akan sama rasanya? Apa dia?? Jom tgk resepi i kt bwh nie.. 



Bahan-Bahan:

Perapan Ayam:
500 gram ayam bhgn kepak or peha 
(nk guna bhgian lain pon boleh cuma kene potong saiz sederhana )
1 sudu kecil ground blackpper powder
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking soda/powder
1 cawan tepung bestari pedas (klu tak de boleh guna tepung ubi/jagung)
1/2 cawan tepung beras 
1 biji telur ayam
Air jika perlu

Sos Ayam:
3 ulas bawang putih -cincang halus
3-4 sudu besar cawan sos tomato
2 sudu besar madu
3 tangkai cili kering yg pedas-buang biji dan potong kecil
2 sudu besar cili flakes yg pedas (cili kering kisar pon boleh rasanya, tp i tk pernah cuba laa)
1 sudu besar cuka
1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Bijan/Sesame -sangai

 Cara-Cara:
1) Perap ayam dgn semua bahan perapan di atas dan boleh tambah sedikit air jika perlu.
2) Goreng ayam td di dalam minyak yg banyak dan panas semua ayam akn masak dgn sekata. Lepas ayam dah bertukat warna golden brown boleh laa angkat dn ketepikan.
3) Kalau ikut resepi maangchi, ayam td goreng lg sekali (double fry) dlm minyak yg panas td selamat 2-3 minit supaya ayam kekal crunchy slps dah disalut sos nnt. 
4) Selepas dah double fry angkat dan ketepikan ayam goreng itu. 

Sos:
5) Tumis bawang putih dgn sedikit minyak masak, masukkan cili kering yg sudah di potong dan kacau seketikan (pastikan api perlahan takut bwg dn cili hangus) 
6) Masukkan cili flakes dan sedikit air panas  (utk elakkan cili hangus) ,kacau sehingga cili masak.
7) Masukkan sos tomato, cuka, madu, gula, dan garam. Kacau semua bahan hingga sebati dan rasa sedikit jika ade kekurangan boleh laa tambah apa yg patut. 
8) Padamkan api gas, masukkan ayam goreng crunchy td ke dalam sos nie dan gaul sehingga semua ayam disaluti sos. 
9) Akhir sekali taburkan bijan dan daun bawang di atas ayam itu. Siap!

Selamat Mencuba

Georgia

Assalamualaikum w.b.t 
Alhamdulillah dah tamat percutian kami selama 24 hari ke negara-negara Caucasus (Georgia, Armenia, Azerbaijan dan Iran).  Negara pertama yg kami pergi adalah Georgia. So let's start with it. 


14 Jan
Dari Sabiha Airport (Istanbul) kami mengambil flight AnadoluJet (98tl/person) ke Trabzon pada pukul 9am. Sampai di Trabzon pkl 10am dan terus ke stesen bas. Planning asalnya utk ke Uzungol (beautiful lake) tapi berlaku satu kejadian di mana beg aiman tertukar kat airport dan kami semua ubah plan utk jalan-jalan di sekitar bandar Trabzon shj sementara tunggu aiman pergi tukar bag balik kat airport. Pengajarannya kat sini walaupon beg tue nampak sama sebijik dari luar, you tetap kene check tag nama huhu. 

Chicken Chop and Mashed Potato


Chicken Chop with brown sauce + Mashed Potato


Chicken Chop

Bahan-Bahan:
2 keping dada ayam
2 sudu kecil lada hitam -tumbuk halus
5 keping biskut hup seng -tumbuk halus (nk guna bread crump pon boleh)
1/3 cawan tepung gandum
1 biji telur 
garam secukup rasa
50gram serbuk brown sauce
5 batang cendawan butang -hiris nipis

Cara-Cara:
1. Perap dada ayam dgn secubit garam dan lada hitam.
2. Lumurkan dada ayam itu dgn tepung gandum. 
3. Kemudian, celup dada ayam tadi ke dalam bancuhan telur, pastikan semua serata.
4. Lumurkan pula biskut hancur pada dada ayam dan goreng sehingga garing. 
5) Angkat ayam dan ketepikan. 

Brown Sos

1) Larutkan serbuk brown sos dgn air supaya tidak berketul. 
2) Panaskan larutan brown sos itu dlm periuk.
3) Boleh masukkan sedikit serbuk lada hitam dan hirisan cendawan ke dalam brown sos dan kacau sehingga mendidih. Siap!

Mashed Potato
4-5 biji kentang - kupas kulit dan rebus sehingga empuk
1/2 cawan susu segar
1-2 sudu besar butter
garam secukupnya

1) Lenyekkan kentang ketika ia masih panas (utk memudahkan dilenyek).
2) Masukkan susu, butter dan sedikit garam. Kacau dan lenyekkan semua bahan bagi serata.
3) Masukkan mashed potato ke dalam bekas dan padatkan ia mengikut bekas tersebut. 
3) Tuangkan sedikit brown sos ke atas mashed potato. Siap!
4) Boleh simpan dlm fridge klu nk makan sejuk

Mee Hailam


Mee Hailam

Bahan-Bahan:
1/2 paket mee kuning -basuh dan toskan
2 ulas bawang putih -tumbuk
1 ulas bawang merah -tumbuk
1 sudu kecil lada hitam -tumbuk
4 ekor udang - buang kepala 
200 gram sotong -potong kecil (nk letak isi ayam pon boleh)
Sawi & carrot -potong kecil (nk guna sayur lain pon boleh)
1 sudu besar air bancuhan tepung jagung
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
3-4 sudu besar kicap manis
Garam & gula secukup rasa

Cara-Cara:
1) Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau, masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap dan air secukupnya, biarkan sehingga mendidih.
2) Masukkan pula sayur-sayuran, udang, sotong  dan kacau seketika sehingga masak.
3) Masukkkan air bancuhan tepung jagung dan kacau rata sehingga kuah sedikit memekat.
4) Akhir sekali, perasakan dgn garam dan gula, dan masukkan mee kuning ke dalam kuah. Kacau seketika dan Siap!

Selamat Mencuba