Special for mummies out there 🙆
Everyone must have their own milk booster recipes and so do i
So selepas baca mengenai khasiat 'oat' dlm membantu memperbanyakkan susu badan, i pon buat laa overnight oat. Tp hmm lambatnya nak boleh habiskan satu bekas tuu sbb kurang enak mungkin dan teksturnya yg pekat jd muak sikit.
So i pon terfikir nak buat minuman menggunakan oat. Maka terjadilah resepi ini, sungguh sedap dan menjadi milkbooster ku sehingga kini.
Mummies boleh lah cuba resepi ini insyaAllah dapat membantu perbanyakkan dan memekatkan susu badan.
Cara-Cara:
1) Masukkan 1 cawan susu dlm blender (ikut suka nak guna susu apa: fresh, full cream low fat)
2) Masukkan 2-3 sudu sudu besar oat*
*Rendam oat dalam botol. Rendam guna air suam + susu, sukatan ikut kuantiti oat tu. Kacau-kacau bagi sebati semua dan masuk dlm peti sejuk. Setiap kali nak guna masukkan 2-3 sudu besar.
![]() |
Oat yg telah di rendam |
3) Masukkan 3 biji kurma (dates) sekali dgn air rendamannya (org ckp air rendamam kurma ni dpt bg tenaga yg luar biasa 💪)
![]() |
Kurma yg direndam |
4) Masukkan 1 biji pisang
* in case klu takde pisang boleh ganti dgn milo/horlicks
5) Masukan 1 sudu kecil chia seed
6) Blend semua sekali dan SIAP! 😋
*Tips: susu + kurma + oat - disimpan dalam peti sejuk jadi bila blend dan jadi minuman dah jd sejuk tk perlu letak ais
No comments