Phnom Penh, Cambodia

7 years ago in Cambodia ....💗




1 Nov 2013
Actually, kami pergi ke Kemboja di bawah program misi kemanusiaan fakulti, dan yg pergi pon tak ramai dalam 11 org + 2 org pensyarah. Penerbangan lebih kurang 2 jam lebih dari Klia ke Phnom Pehn dan setibanya kami di airport, terus di jemput oleh tour guide. Dan kami terus di bawa ke hotel. Sepanjang perjalanan ke hotel, kiri dan kanan jalan mmg penuh dgn motorsikal dan tuktuk (public transport yg famous kt sana)  sbb tu adalah main transport mereka. 
Selepas dah cek in hotel rehat kjp, kami keluar dinner di salah satu restoran di sana. 


dgn owner restoran (rasanya mereka blh ckp melayu,ye keea?? lupa laa haha)
Selepas makan, bersiar-siar tgk bandar Phnom Penh waktu malam dgn menaiki Tuk-Tuk. Lps tu singgah kjp pegi dpn istana dan fun fair. 


maaflah gambar kabur kamera 7 tahun lps tak cantik mcm skrg 😅

2 Nov 2013
Awal pagi lps dah breakfast kt hotel, meneruskan perjalanan menaiki van dlm 2 jam lbh jugak utk ke perkampungan Champ. Tiba kami di sana, di sambut meriah oleh penduduk di sana terutamanya kanak-kanak 😊. Kami di jemput utk makan tengahari dgn hidangan yg sungguh istimewa. 


sup daging dan daging goreng versi kemboja (rasa masakannya sgt lain dari daging kita) 

jamuan makan di masjid sbb kat sini je tempat yg luas utk berkumpul


Selepas habis menjamu selera, kami bergotong-royong mencuci pinggan mangkuk dan juga membersihkan sekolah anak-anak yg tinggal di kawasan kampung ini. Mereka hanya ada 3-4 buah kelas sahaja utk menampung semua anak-anak di sini. Satu kelas untuk umur 5-9 tahun, kelas lain 11-14, dan seterusnya. Dengan keadaan kelas yg panas dan terhad mere tetap seronok dan gigih untuk belajar. 
So, bersyukur tak dengan apa yg kita ada? Di negara kita, kelas cantik, kemudahan sekolah canggih, siap ada aircond lg, perpustakaan, internet, padang bola semua laaa. Mereka hanya ada kelas itu dan sedikit kawasan lapang je tempat utk mereka menimba ilmu. Huhu

aktiviti membasuh kelas 

Selepas siap membasuh kelas, kami sampaikan sedikit cenderahati dari Malaysia utk anak-anak di sini. Seronok rasanya melihat wajah mereka bersinar-sinar tersenyum gembira saat terima hadiah dari kami. 
 



3 Nov 2013 

Pagi hari packing barang semua, pastu kami naik bot org kampung kt sini dan tgk sungai. Ini laa sungai yg menjadi sumber air utama kt kampung ini.  


Selepas itu kami pulang ke bandar Phnom Penh dan pergi ke Toul Sleng Genocide Muzium. Cerita psl muzium nie, ini merupakan tempat di mana rakyat kemboja di penjarakan dan diseksa di bawah pemerintahan Khmer  Rouge.. Korang boleh google ea mmg scary tgk penjara dia, siap ada killing field lagi huhu 😖

bergambar dgn survivor yg ddk kt penjara ni. Beliau siap buat buku lg menceritakan kisah kehidupan dlm penjara tu (dgn bunyi rantai besi sikit pon dh kene seksa huhu) 

cam biasa laa org nk tgkp gmbr bangunan sibuk dia nak interframe haha
 
Sebenarnya i dh lupa aktiviti kt sana, ni just cerita apa yg ada gmbr jeee. Ptg tue kami pergi makan atas cruise sambil melihat pemandangan Sungai Mekong.

atas cruise (Sg Mekong)

Lepas siap dinner, pegi shopping plak sampai malam.. Tapi lupa nama apa tempat shopping tue.. I pergi shopping sorang jee guna bahasa isyarat haha.. Aiman? i tinggalkan dia haha. Sbb i malu nak shopping ada dia jd i buat-buat hilang pastu shopping sampai lupa jalan pulang hahaha 😂 

4 November
Hari terakhir kt Phnom Penh huhu, lps dh hbs breakfast bwk beg check out semua, kami pergi ke sebuah sekolah rendah. Kt sini kami buat aktiviti mengajar murid-murid di sana. I dgn aiman (dia mmg ikut jee i pi mana haha) ambik kelas utk mengajar Bahasa Arab. 

kenangan mengajar anak-anak ini


Uztaz aiman 😄

Lepas selesai aktiviti kt sini, kami pergi ke rumah anak yatim pulak. 



Selepas habis kat sini rasanya, pergi airport kot. Sebenarnya ada lgi aktiviti cuma i dah tak igt ape yg berlaku sbb 7 tahun lepas kann.. haha nie pon nsb baik gambar masih simpan.. haha 

us 7 years ago 

Hikmah di sebalik perjalanan kami ke Kemboja. Bile kite travel ke luar negara nie banyak yg kite belajar tentang kehidupan. Kalau kite rasa hidup kite tak best, sedih, murung, sebenarnya ramai lagi orang lain yang lebih susah. JADI sentiasalah kite bersyukur.. Hidup di dunia ini dgn memberi manfaat kepada org lain. InsyaAllah hati akan merasa lebih tenang. 

DAN hikmah dari trip Kemboja adalah >>
aiman terus ajak i kahwin lps balik dari Phnom Phen wiwiwi  😁😍

K,bye.