Solok Lada

Bahan-Bahan:
10 tangkai - Lada/cili hijau besar 
4 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inchi halia - kisar
1 sudu kecil lada hitam - kisar
3 ekor isi ikan selayang mentah - kisar
1 mangkuk kelapa parut
1 biji telur
200ml santan
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula


Cara-Cara:
1) Belah lada, buang bijinya dan siram dgn air.
2) Kisar kering semua bahan yg di tulis 'kisar' di atas sehingga halus sebati. Masukkan bahan kisar itu ke dalam mangkuk.
3) Satukan bahan kisar bersama kelapa parut dan telur. Gaul sehinga semua adunan sebati. 


4) Masukan adunan itu ke dalam lada yg telah di belah.


5) Selepas siap isikan semua lada, susun dalam periuk cantik-cantik dan tuangkan santan.
6) Buka api perlahan jee (kena sentiasa jaga api risau hangus kt bwh) dan tutup periuk. 


7) Masak lebih kurang 30 minit atau sehingga masak. Siap!!

No comments