Phnom Penh, Cambodia

7 years ago in Cambodia ....💗




1 Nov 2013
Actually, kami pergi ke Kemboja di bawah program misi kemanusiaan fakulti, dan yg pergi pon tak ramai dalam 11 org + 2 org pensyarah. Penerbangan lebih kurang 2 jam lebih dari Klia ke Phnom Pehn dan setibanya kami di airport, terus di jemput oleh tour guide. Dan kami terus di bawa ke hotel. Sepanjang perjalanan ke hotel, kiri dan kanan jalan mmg penuh dgn motorsikal dan tuktuk (public transport yg famous kt sana)  sbb tu adalah main transport mereka. 
Selepas dah cek in hotel rehat kjp, kami keluar dinner di salah satu restoran di sana. 


dgn owner restoran (rasanya mereka blh ckp melayu,ye keea?? lupa laa haha)
Selepas makan, bersiar-siar tgk bandar Phnom Penh waktu malam dgn menaiki Tuk-Tuk. Lps tu singgah kjp pegi dpn istana dan fun fair. 


maaflah gambar kabur kamera 7 tahun lps tak cantik mcm skrg 😅

2 Nov 2013
Awal pagi lps dah breakfast kt hotel, meneruskan perjalanan menaiki van dlm 2 jam lbh jugak utk ke perkampungan Champ. Tiba kami di sana, di sambut meriah oleh penduduk di sana terutamanya kanak-kanak 😊. Kami di jemput utk makan tengahari dgn hidangan yg sungguh istimewa. 


sup daging dan daging goreng versi kemboja (rasa masakannya sgt lain dari daging kita) 

jamuan makan di masjid sbb kat sini je tempat yg luas utk berkumpul


Selepas habis menjamu selera, kami bergotong-royong mencuci pinggan mangkuk dan juga membersihkan sekolah anak-anak yg tinggal di kawasan kampung ini. Mereka hanya ada 3-4 buah kelas sahaja utk menampung semua anak-anak di sini. Satu kelas untuk umur 5-9 tahun, kelas lain 11-14, dan seterusnya. Dengan keadaan kelas yg panas dan terhad mere tetap seronok dan gigih untuk belajar. 
So, bersyukur tak dengan apa yg kita ada? Di negara kita, kelas cantik, kemudahan sekolah canggih, siap ada aircond lg, perpustakaan, internet, padang bola semua laaa. Mereka hanya ada kelas itu dan sedikit kawasan lapang je tempat utk mereka menimba ilmu. Huhu

aktiviti membasuh kelas 

Selepas siap membasuh kelas, kami sampaikan sedikit cenderahati dari Malaysia utk anak-anak di sini. Seronok rasanya melihat wajah mereka bersinar-sinar tersenyum gembira saat terima hadiah dari kami. 
 



3 Nov 2013 

Pagi hari packing barang semua, pastu kami naik bot org kampung kt sini dan tgk sungai. Ini laa sungai yg menjadi sumber air utama kt kampung ini.  


Selepas itu kami pulang ke bandar Phnom Penh dan pergi ke Toul Sleng Genocide Muzium. Cerita psl muzium nie, ini merupakan tempat di mana rakyat kemboja di penjarakan dan diseksa di bawah pemerintahan Khmer  Rouge.. Korang boleh google ea mmg scary tgk penjara dia, siap ada killing field lagi huhu 😖

bergambar dgn survivor yg ddk kt penjara ni. Beliau siap buat buku lg menceritakan kisah kehidupan dlm penjara tu (dgn bunyi rantai besi sikit pon dh kene seksa huhu) 

cam biasa laa org nk tgkp gmbr bangunan sibuk dia nak interframe haha
 
Sebenarnya i dh lupa aktiviti kt sana, ni just cerita apa yg ada gmbr jeee. Ptg tue kami pergi makan atas cruise sambil melihat pemandangan Sungai Mekong.

atas cruise (Sg Mekong)

Lepas siap dinner, pegi shopping plak sampai malam.. Tapi lupa nama apa tempat shopping tue.. I pergi shopping sorang jee guna bahasa isyarat haha.. Aiman? i tinggalkan dia haha. Sbb i malu nak shopping ada dia jd i buat-buat hilang pastu shopping sampai lupa jalan pulang hahaha 😂 

4 November
Hari terakhir kt Phnom Penh huhu, lps dh hbs breakfast bwk beg check out semua, kami pergi ke sebuah sekolah rendah. Kt sini kami buat aktiviti mengajar murid-murid di sana. I dgn aiman (dia mmg ikut jee i pi mana haha) ambik kelas utk mengajar Bahasa Arab. 

kenangan mengajar anak-anak ini


Uztaz aiman 😄

Lepas selesai aktiviti kt sini, kami pergi ke rumah anak yatim pulak. 



Selepas habis kat sini rasanya, pergi airport kot. Sebenarnya ada lgi aktiviti cuma i dah tak igt ape yg berlaku sbb 7 tahun lepas kann.. haha nie pon nsb baik gambar masih simpan.. haha 

us 7 years ago 

Hikmah di sebalik perjalanan kami ke Kemboja. Bile kite travel ke luar negara nie banyak yg kite belajar tentang kehidupan. Kalau kite rasa hidup kite tak best, sedih, murung, sebenarnya ramai lagi orang lain yang lebih susah. JADI sentiasalah kite bersyukur.. Hidup di dunia ini dgn memberi manfaat kepada org lain. InsyaAllah hati akan merasa lebih tenang. 

DAN hikmah dari trip Kemboja adalah >>
aiman terus ajak i kahwin lps balik dari Phnom Phen wiwiwi  😁😍

K,bye.






Tempoyak Ikan Patin


Siapa tak makan tempoyak sesunguhnya hilang lah satu nikmat dia kt dunia nie 😝.. haha best oiiiiiii tempoyak, wajib cuba tauu!! my all time favourite nie lagi kalau guna ikan patin fuhhhh.. dah laa nak masak dia sikit jee bahan-bahan yg guna, dan steps pon senang so mari laa kita sama-sama masak tempoyak okeyh!! Let's cook


Bahan-Bahan:
2 kg ikan patin (cuci bersih dgn asam limau utk hilangkan hanyir)
2 inchi kunyit hidup
2-3 cili padi ( sape suka pedas boleh ltk lebih)
2 senduk tempoyak (klu tak ckp boleh ltk lebih lg)
3 asam keping
daun kesum
air secekupnya
garam gula secukup rasa

Cara-Cara:
1) Tumbuk kunyit, cili padi dan tempoyak sehingga lumat dan sebati.
2) Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk dan masukkan ikan.
3) Masukkan air sehingga paras ikan dan nyalakan api. 
4) Masak sehingga mendidih, masukkan asam keping dan daun kesum.
5) Perasakan dgn garam dan gula. Siap!






 

Kek Pisang



Bahan-Bahan:
300g pisang yg dh masak
180g minyak masak
160g gula perang 
4 biji telur
1 sudu kecil garam
200g tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil perasa pisang (optional)

Cara-Cara:
1) Blend pisang + minyak masak + gula perang + telur + garam sehingga sebati.
2) Ayak tepung + baking soda dan masukkan ke dalam bekas.
3) Masukkan adunan pisang td ke dalam tepung yg dh di ayak dan kacau sehinga sebati. 
4) Akhir sekali masukkan perasa pisang dan kacau lagi sebati.
5) Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 40minit dgn suhu 150 celcius, api atas bawah. Sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari loyang

SELAMAT MENCUBA 😚


Baby Weaning Essentials

Since my second baby going to start solid foods next week, i've prepared some weaning essentials (sbb masa anak first dulu i just guna apa yg ada je and tak beli sgt barang utk baby makan, so this time i rasa nak beli laah pulak 😁) that i think mummy needs it. So, let's check out: 




1) Baby Food Processor (Rusch) 
Sbb my sister pakai brand nie utk ank dia and dia ckp best berbaloi beli, mudah cepat nak prepare baby food lagi-lagi utk working mom kan, so i pon beli jugak laa plus warna dia pastel gini lagi laa i suka haha. Dalam ni boleh steam + blend terus senang (my first son dulu, i buat manual rebus or steam guna periuk gas biasa mmg leceh sbb nk kene jaga api nnt hangus dan mmg bnyk kali jgk laa periuk hangus haha lpstu kene blend pakai blender jus buah tu dah pakai benda nk kene basuh kan haha mmg leceh laa nak membasuhnya 😣) 

Sooo utk mengelakkan periuk hangus lgi kite pakai food processor ni senang tekan je utk steam boleh tinggal jap pi mandi ke apa dan lps tu blend guna bekas yg sama ni jgk haaaa senanggg (mummy pon tak strees periuk hangus lg dah) 😄 
I beli food processor ni kt sini Baby Food Processor Rusch, better beli awal sbb nnt ambik masa utk shipping from oversea (in malaysia pon ada cuma dah hbs stock brand ni) 

Japanesse Cotton Cheesecake

Antara banyak-banyak cheesecake, i paling suka cotton/hokaido cheesecake sbb rasa dia sgt ringan and at the same time fulffynya, mungkin sbb cheesecake jenis ini tak menggunakan whipping cream so dia tak rasa muak. 

Fluffy Cheesecake

Bahan-Bahan: 
250g cream cheese
100g butter
2 cup fresh milk
1/2 cup tepung kek
1/4 cup tepung jagung
5 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila

5 biji putih telur
3/4 cup gula kastor

Daging Masak Hitam



Ini merupakan menu wajib hari raya utk orang perak kata suamiku. Makan bersama lemang wuhuu indahnya rasa di hari raya.. haha disebabkan tahun nie raya di kelantan, jadi untuk menghilangkan rasa rindunya pada kampung halaman nun jauh di Bota, maka i pon usaha laa buat daging masak hitam persis ibu mertuaku (walaupon i tak laa ikut sebijik 😅) tp rasanya dah sama kata suamiku. 
Tapi next time kawe rayo kt perak pulok demo keno laa masok nasi dagang ko kawe deh (org kelantan menu wajib hari raya haruslah nasi dagang + roti jala 😋) 

Ate moh laa kite masak ye!

Daging masak hitam
Bahan-Bahan:
Daging 500g
2 btg serai - kisar 
 5 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
3 sudu besar cili kering  - kisar 
1 inchi halia - kisar
1 sudu kecil ketumbar - sangai + kisar 
1 sudu kecil jintan manis - sangai + kisar
2 inchi gula melaka
3 sudu besar kerisik
Air asam jawa
Garam + Gula 
Kicap manis
Rempah 4 sekawan 
(kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)

Solok Lada

Bahan-Bahan:
10 tangkai - Lada/cili hijau besar 
4 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inchi halia - kisar
1 sudu kecil lada hitam - kisar
3 ekor isi ikan selayang mentah - kisar
1 mangkuk kelapa parut
1 biji telur
200ml santan
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula

Butter Prawn



Fuhhhhh lama rasa tak update resepi. Kali nie nk buat kelainan sikit laa asyik masak sambal jee kan, mari laa kita masak ala-ala hotel pulak 😋

Butter Prawan
Bahan-Bahan:

Perapan Udang:
1 mangkuk udang saiz L
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil white pepper (optional)
secubit serbuk perasa (optional)
secubit garam

Kopi Kunyit Hitam: Hawari

Apa itu Kopi Kunyit Hitam?
Kopi kunyit hitam Hawari merupakan minuman pracampuran yg dikategorikan sbg minuman kesihatan yg berkhasiat dan penambah tenaga. Dirumus dgn gula perang serta krimer bukan tenusu dan kandungan utamanya iaitu kunyit hitam. Ia mengandungi nilai khasiat yg tinggi berbanding minuman 3 in 1 yg lain. 



Milk Booster Drink

Special for mummies out there 🙆 
Everyone must have their own milk booster recipes and so do i

So selepas baca mengenai khasiat 'oat' dlm membantu memperbanyakkan susu badan, i pon buat laa overnight oat. Tp hmm lambatnya nak boleh habiskan satu bekas tuu sbb kurang enak mungkin dan teksturnya yg pekat jd muak sikit.

So i pon terfikir nak buat minuman menggunakan oat. Maka terjadilah resepi ini, sungguh sedap dan menjadi milkbooster ku sehingga kini. 
Mummies boleh lah cuba resepi ini insyaAllah dapat membantu perbanyakkan dan memekatkan susu badan. 

Yusuf Cocomint: Hawari


Apa itu Yusuf Cocomint?

Sejenis makanan tambahan untuk minda khusus untuk kanak-kanak dan dewasa yg belajar. Ianya membantu perkembangan IQ dan EQ kanak-kanak. Formula Yusuf Cocomint diperakui melalui kajian saintifik dapat membantu dalam perkembangan dan kecerdasan otak. Bahan-bahan utama yang terkandung dalam Yusuf Cocomint seperti serbuk koko, lutien, sharpkids, acai berry, mix berrypremix vitamins etc adalah makanan-makana penting untuk kecerdasan minda, mata dan badan. 



Teh Senna: Hawari


Organik, Menyihatkan dan Bermanfaat. Teh pelawas sejak berabad lamanya!
Teh Sanna HAWARI dirumus daripada daun teh dikenali sebagai daun Senna Mecca/Senna Angustifolia. Daun teh ini diimport khas daripada Tanah Arab/India dan sememangnya semulajadi tanpa bahan kimia dan baik sebagai pencuci perut/usus (kolon). Ianya dapat mengeluarkan bakteria dan kotoran jahat daripada perut dan usus seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan penyerapan zat besi dalam badan. Sifat diuretic sanna membantu dalam menurunkan berat badan/buncit, mengurangkan bau badan/mulut, membuang lemak berlebihan, mengatasi sembelit, masalah jerawat/jeragat, asid urid yang tinggi, gout, mengatasi masalah sakit-sakit sengal/lenguh badan, sembelit, membaiki kekuatan rambut, gatal-gatal badan, serta mengatasi depresi dan ketegangan otot.