Buttermilk chicken antara menu yg sgt mudah dan cepat. Menu ini juga menjadi kegemaran kanak-kanak kerana rasanya yg manis dan berlemak. Let's cook!
![]() |
Buttermilk Chicken Anisa |
![]() |
Tepung Magik (mmg magik sgh tepung nie, goreng ayam ikan makan shj pon dn lazat rasa dia mmg dah sebati dlm tepung ni) |
(Disclaimer: I bought this product using my own money, not a sponsored review)
Buttermilk Chicken
(2 org makan)
Bahan- Bahan:
Dada ayam - di potong kecil
4 sudu besar tepung magik (boleh juga guna tepung gandum+tepung jagung)
3 ulas bawang putih - di cincang halus
2 tngkai cili padi - di hiris
1 tgkai daun kari
1/4 tin susu cair
1/4 cawan susu segar (fresh milk)
2 sudu besar butter
Garam dan gula secukup rasa
Cara-Cara:
1. Salutkan dada ayam yg telah di potong kecil ke dalam tepung magik dan goreng sehingga masak.
2. Panaskan kuali lain dan cairkan butter.
3. Masukkan bawang putih, daun kari, dan cili padi. Tumis sehingga wangi.
4. Masukkan susu cair dan susu segar. Kacau sebati dan tggu sehingga mendidih.
5. Masukkan ayam yg dh di goreng (boleh tambah lg susu cair jika pekat).
6. Masukkan garam dan gula. Kacau sebati. Siap!
Selamat Mencuba 😍
No comments