Yusuf sejak dah masuk umur 1 tahun nie, makin pandai memilih makanannya..haha baru ku tahu seksanya nak bg anak makan klu dia tak nak...😒 lari berkejaran dah, duduk berguling-guling pon dah, pkasa bukak mulat dia luas-luas pon dah haha. what's more?😁 So, lepas dah tak tahu dah nk buat cam mana, dapat laa idea nk buat rice balls sbb tertengok kat youtube. Pastu terfikir, "hmm bagus jgk rice ball ni senang nk buat pastu cukup lengkap dlm satu bola tu ada sayur, nasi, ayam/ikan, kentang, olive oil/unsalted butter, mkn pon tkde laa bersepah sngt". So gigih laa i buat potato rice balls (kene ada potato sbb yusuf suka sgt mkn potato, jd bila dia rasa potato tu dia akan bukak mulut luas-luas haha tq mr potato 😌) ni utk yusuf and he loves it!! (janji makan anak, ibu sanggup masak apa pon 😅)
Bahan-Bahan:
1/4 cawan beras
1 biji kentang
3 helai daun bayam
1 cendawan butang
1/2 ekor isi ikan (rebus/goreng)
Cara-Cara:
1. Masak beras dalam periuk dgn air yg bnyk (dlm 1/4 periuk, tgk saiz periuk jgk tau, agak2 laa masak nasi supaya nasi jd lembik2 sikit)
2. Bila dah mendidih dan nasi hampir masak, masukkan kentang dan biarkan sehingga empuk
3. Masukkan bayam dan cendawan sehingga semua bahan dalam periuk masak dan empuk.
4. Selepas air semua dh kering, masukkan dlm mangkuk dan lenyekkan kentang dan isi ikan. Gaul semua bahan sehingga sebati dan masukkan sedikit olive oil.
5. Bulat-bulatkan adunan td mengikut saiz baby anda. Siap!
Selamat Mencuba
No comments