Sambal Belacan

Aiman beli cili padi 1/2 kg okeh, i suruh beli 1 genggam je hmmm padahal nak makan berdua je 😬.. Takpelah terima kasih sbb beli cili padi oke suami hee.. Sbb cili padi bukan boleh simpan lama sangat kan, jadi i pun buat laa sambal belacan sbb sambal belacan boleh simpan lama dalam peti ais.. I suka je sambal belacan lagi-lagi kalau makan dgn kari daging or ayam, fuhh masyuk kot 😋.. Tapi aiman tak suka sgt sambal belacan/ sambal cili-cili nie, TAPI yg i buat nie dia makan bnyk jugak dan ckp sedap 😚.. haha nampak tak permainan dia? So ape lg masak laa ikut resepi i nie pasti suami anda pon suka haha, Let's cook!

Sambal Belacan Anisa
Bahan-Bahan:
10 tangkai cili padi
5 tangkai cili besar merah
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inchi belacan
1 biji tomato
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar cuka
2 biji limau kasturi/limau nipis/lemon

Cara-Cara:
1. Bakar bawang merah, bawang putih, dan belacan dlm 5-7 minit sampai nampak hitam-hitam sikit. 
2. Kisar semua bahan bakar, cuka, garam, dan gula sehingga hancur.
3. Masukkan cili padi, cili besar, tomato, air perahan limau/lemon, dan sedikit kulit limau/lemon dlm pengisar tadi dan kisar lagi sehingga 70% hancur. Siap!

Selamat Mencuba

Nasi Ayam Penyet

Nasi ayam penyet sememangnya menjadi kegemaran I selamanya. Ayam nya yg rangup kriuk kriuk, di tambah pula dengan kepedasan sambalnya membuatkan hidangan ayam penyet ini sempurna. Sekarang kalau teringin nak makan ayam penyet buat sendiri je la, so boleh laa tambah banyak kali haha. 
Let's cook. 


Ayam Penyet 

Bahan-Bahan:
3 ketul ayam yg dipotong besar (1 ekor ayam potong 8)
1 sudu besar ketumbar -sangai dan tumbuk halus
1 sudu kecil jintan manis -sangai dan tumbuk halus
1 sudu kecil jintan putih -sangai dan tumbuk halus
3 ulas bawang putih -tumbuk halus
1 inchi halia -tumbuk halus
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/3 cawan tepung beras
1 biji telur
1 sudu kecil garam

Cara-Cara:
1. Rebus air di dalam periuk dan masukkan hirisan halia dan bawang putih. Tunggu air sehingga mendidih dan masukkan ayam. Rebus sehingga ayam masak dlm 15-20 minit.
2. Angkat ayam rebus td dan ketepikan. Air rebusan ayam simpan untuk masak nasi dan juga sup.
3. Di dalam bekas, satukan tepung beras, telur, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serbuk kari, serbuk kunyit, bawang putih, halia, dan garam. Lumurkan semua campuran kepada ayam rebus td. 
4. Perap ayam semalaman untuk rasa yg lebih enak atau kalau nak cepat perap 2-3 jam sebelum.
5. Goreng ayam di dalam minyak yg panas (tutup kuali semasa menggoreng), angkat bila ayam sudah bertukar warna kekuningan. Siap!
6. Tempe dan tauhu juga boleh digoreng menggunakan bahan perapan ini. 

Sup Ayam

Bahan-Bahan:
Baki air rebusan ayam
1 kiub pati ayam (sup bunjut pon boleh)
Daun sup -hiris
Daun bawang -hiris

Cara-Cara:
1. Panaskan semula baki air rebusan ayam td, dan masukkan kiub pati.
2. Kacau sehingga mendidih dan masukkan sedikit garam jika perlu.
3. Tabur hirisan daun sup dan daun  bawang semasa menghidang. Siap!


Sambal Penyet

Bahan-Bahan:

5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi 
3 biji buah tomato merah - potong 4
5 ulas bawang merah - potong 4
2 ulas bawang putih
1-2 inchi belacan
3 sudu besar ikan bilis 
2 inchi gula melaka
2-3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
3 biji limau kasturi @ limau purut

Cara-Cara:

1. Panaskan kuali tanpa minyak dan bakar belacan 2-3 minit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak 4 sudu besar dan goreng ikan bilis sehingga masak, angkat dan ketepikan. 
3. Sambung goreng cili merah, cili padi, tomato, bawang merah, bawang putih sehingga layu.  
4. Kisar kasar semua bahan yg digoreng termasuk ikan bilis dan belacan. 
5. Goreng balik bahan kisar dlm kuali minyak tadi, tambah minyak masak jika perlu.
6. Goreng sehingga sambal pecah minyak, dan masukkan gula melaka, garam, dan gula.
7. Akhir sekali perahkan air limau Kasturi sblm matikan api. Siap!

Selamat Mencuba


Bahagiakah Aku?

Assalamualaikum w.b.t

Terdetik kali ini utk aku menulis tentang "BAHAGIA"
Kenapa? Kerana kebanyakkan org mengatakan melihat aku selalu bahagia.. Mereka mengatakan seronok melihat aku bahagia bersama keluarga.. 
Mereka bahagia melihat aku bahagia.. 
Tapi bahagiakah aku?...... 


Apa itu bahagia? Bagaimana untuk rasa bahagia? 
Bagi aku, bahagia (hapiness) itu subjektif. Setiap individu mempunyai definisi bahagianya tersendiri.. Sbb itu kita tidak boleh ukur kebahagiaan kita melalui pandangan orang lain, dan kita juga tidak boleh ukur kebahagiaan org lain melalui pandangan kita.. because we are difference, too much differences.. 

Tips Travelling With Baby

Assalamualaikum w.b.t 
Entry kali ini, i nak share tentang tips utk travel dgn baby (under 24 months). I akan share berdasarkan pengalaman sendiri. 

Before Travel
First, please ensure that your baby is in a good and healthy condition before travel. 1 or 2 weeks before travel, gives him food that can boost up body immune system - Important! You boleh google or tanya doktor makanan yg bagus utk antibody baby. 
For me, i akan bagi yusuf makan sup ayam, sup ikan, sup sayur, buah-buahan (i gives him homemade apple and orange juice without sugar everyday), dan minum air putih dgn byk sblm nk travel. Plus, i juga akan buat banyak stock 'Chicken Bone Broth (CBB)' dan simpan dlm freezer. Setiap kali nak masak, i akan ambik 1-2 cube dan masukkan dlm makanan yusuf. CBB is very good for baby. Then, pastikan baby rehat dgn secukupnya sbb nnt travel nk guna bnyk tenaga. 

Second, make sure that your baby's basic necessities is complete. For example, medicine, foods, toys (if needed), and apparel (must be suitable according to the weather) 
For me, i akan letak semua segala jenis cream dan ubat yusuf dlm satu beg kecil dan letak dlm luggage, nnt senang nak cari dan dah tak tertukar dgn ubat org lain plak hehe. Makanan i akan bawak ready-made food yg dh siap paket kecik-kecik boleh beli kt mana-mana pasaraya, but i hnya akn bgi in case tk jumpe bubur nasi or sup. Sesetengah org bawak baby food processor, tp sbb i tkde so tak bawaklah haha. Mainan bawak satu dua yg paling baby suka main utk entertain dia dlm flight nnt. Baju baby bwk secukupnya, lebih takpa jgn kurang hehe. Pastikan bawak ikut cuaca negara yg kita pergi tu. Klu musim sejuk kene bawak thermal underwear, winter coat, sweater, gloves etc. pakaian ni penting tau supaya baby selesa dan tk mudah jatuh sakit (nnt i akan explain details pasal pakaian baby pada musim sejuk bila i dah lalui musim sejuk nie huhu nervousnya. )
Basic baby necessities that i brought during travel

Linguine with Bechamel Sauce

Actually i'm a big fan of carbonara and white sauce. So, i prefer ordered or cooked spaghetti carbonara rather than bolognese when we eat outside. Actually you can make your own white sauce without using prego or other instant sauce, and of course your own sauce is much more healthier and baby-friendly (yeay boleh yusuf makan skali, takperlulah ibu masak dua sos dah utk yusuf 😊) 

Bechamel sauce (originated from French) or white sauce is actually the combination of butter, flour and milk. Add a little bit cheese, blackpepper, mixed herbs, and salt and you're ready to serve creamy bechamel sauce. Let's cook! You can read more about it here: Sauces made from Bechamel 

Linguine with Bechamel Sauce Anisa

Nasi Goreng Paprik

Nasi Goreng Paprik asalnya dari negera Thailand. Rasa pedas, manis dan harum paprik ini membuat kite ketagih untuk terus makan dan makan sampai licin haha 😚. Aiman (husband) selalu order menu nie klu mkn kt kedai. One of his fav nasi goreng katanya. Let's cook!

Nasi Goreng Paprik Anisa
Nasi Goreng

Bahan-Bahan:
2-3 mangkuk nasi
3 ulas bawang putih -tumbuk
2 ulas bawang merah -tumbuk
2-3 helai daun limau purut -koyakkan
1 sudu kecil paste tomyum (nk guna kiub tomyum pon boleh)
1 sudu kecil cili kering kisar
3 batang cendawan butang -hiris (optional)
garam dan gula secukupnya

Kuew Teow Kungfu

Assalamualaikum w.b.t 
Ceritanya macam mana i boleh terbuat kuew teow kungfu harini, sbb my husband tersilap beli linguine. I sebenarnya kirim belikan spaghetti tp dia pi ambil linguine plak (main ambik je tak tgk dulu, well lelaki kan 😏). Pastu dia ckp sama jee, eah mana ada sama, bentuk beza kot. 

Cuba tgk gmbr jenis-jenis pasta kat bawah nie, haa kan dan ade bermacam-macam jenis (mostly org tahu spaghetti jee kan) and setiap jenis pasta nie ada jenis sos nya tersendiri. If you nak tahu lebih details tentang pasta boleh baca article ni: Perfecting the Marriage of Pasta & Sauce

Long and thin dried pasta

So, lps tgk linguine tu tetiba dpt ilham utk masak kuew teow sbb bentuk lebih kurang dah cuma warna je lain. Plus, kat sini mana ade jual kuew teow mcm kt Malaysia tu kan, so lps berbincang kami berdua setuju utk buat kuew teow kungfu 😆 (wajib order klu mkn kt kedai haha). Let's cook!

Kuew Teow Kungfu Anisa

Kuah Kacang

Alhamdulillah i can make Kuah Kacang now!! Wuhuuu still can't believe it i can make super delicious Kuah Kacang. So now, i will cook this kuah kacang for hari raya okey mother 💪 (tak payah tempah dah).. 

Actually this is the recipe from my cik long and tokma (turun temurun punya resepi), and i tried made it here, in Turkey for my friends (ye la dulu stay Malaysia tk pernah nk ambik tahu kan resepi ni, pastu dah ddk jauh ni baru la sibuk nak wassap tanya 😂) And surprisingly, my friends also said it is yummy and menjadi kuah kacang anisa 😙 (wuhuu, bkn i je puji sdp tau haha)  
Let's cook!

Kuah Kacang Anisa

Spaghetti Tomato

Sejak kebelakangan nie i suka masak spaghetti tomato atau spaghetti bolognese dgn membuat sos sendiri. Yelaa sbb dulu nak makan spahetti je mesti akan guna sos prego tue kann.. Sejak ada baby yusuf ni, i belajar buat sos sendiri sbb nk bg hidangan sihat untuk baby (read: malas nk masak bnyk kali utk versi baby dan versi adult 😆). Jadi hidangan ini sesuai utk baby dan bukan baby. haha. Let's cook!

Spaghetti Tomato Anisa
Bahan-Bahan:
1/3 paket spaghetti (rebus hingga empuk)
1/2 labu bawang holland - potong dadu
4 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji tomato besar - kisar
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili 
daun bayam satu mangkuk
garam dan gula secukup rasa
2 batang sosej - hiris nipis-nipis (nk guna ayam, daging etc pon boleh)

Cara-Cara:
1. Goreng hirisan sosej seketika dlm kuali, kemudian masukkan bawang holland dan bawang putih, tumis sehingga masak dan naik bau
2. Masukkan tomato kisar kacau-kacau rata sehingga mendidih dan terus masukkan sos tomato, sos cili, garam dan gula. 
3. Masukkan pula spaghetti yg telah direbus dan akhir sekali masukkan daun bayam
4. Kacau sehingga semua bahan sebati dan untuk menaikkan bau harum taburkan sikit daun basil. Siap!

Selamat Mencuba

Gulai Nasi Berlauk Kelantan

I anak jati negeri Kelantan. Dilahirkan dan dibesarkan di Kelantan, jd nasi berlauk sudah menjadi makanan asasi i sejak kecil lg haha.. 😆 Walaupon dah makan berkali-kali tetap nak lg dan nak lagi dan nak lagi dan lagi.. Jadi sejak berhijrah ke negara org nie, i kene laa cuba masak sendiri nasi berlauk nie utk memenuhi kehendak perut. So let's cook !

Nasi Berlauk Kelantan Anisa

Potato Rice Balls

Yusuf sejak dah masuk umur 1 tahun nie, makin pandai memilih makanannya..haha baru ku tahu seksanya nak bg anak makan klu dia tak nak...😒 lari berkejaran dah, duduk berguling-guling pon dah, pkasa bukak mulat dia luas-luas pon dah haha. what's more?😁 So, lepas dah tak tahu dah nk buat cam mana, dapat laa idea nk buat rice balls sbb tertengok kat youtube. Pastu terfikir, "hmm bagus jgk rice ball ni senang nk buat pastu cukup lengkap dlm satu bola tu ada sayur, nasi, ayam/ikan, kentang, olive oil/unsalted butter, mkn pon tkde laa bersepah sngt". So gigih laa i buat potato rice balls (kene ada potato sbb yusuf suka sgt mkn potato, jd bila dia rasa potato tu dia akan bukak mulut luas-luas haha tq mr potato 😌)  ni utk yusuf and he loves it!!  (janji makan anak, ibu sanggup masak apa pon 😅)


Butter Rice & Lemon Chicken

Butter rice & Lemon chicken Anisa

Butter Rice
(2 cawan beras)

Bahan-Bahan:
2 sudu besar butter
1 sudu besar olive oil (optional)
3 ulas bawang putih (hiris)
3 cendawan butang (optional)

Cara-Cara:
1. Cairkan butter dan olive oil sehingga panas
2. Masukkan bawang putih dan cendawan, tumis sehingga masak kekuningan
3. Masukkan bahan tumis (sekali dgn minyak n butter) ke dalam rice cooker yg dh di isi beras + air secukupnya 
4. Kacau-kacau rata dan masak nasi mcm biasa. Siap!

Anchovies with Veges Soup


Cara-Cara: 
1. Cairkan unsalted butter dan masukkan garlic. Masak sehingga naik bau.
2. Masukkan anchovies dan air secukupnya. Biarkan sehingga mendidih. 
3. Masukkan peas, broccoli, spinach stem and leaf. Kacau sehingga mendidih dan masak. Siap! 
4. Boleh dihidangkan bersama nasi lembik (boleh lenyek sikit dgn sudu utk dptkan tekstur hancur) atau boleh blend bersama nasi utk baby yg masih kecil. 

Ayam Masak Kurma Baby Style


Cara-Cara: 
1. Tumis garlic, shallot, star anise, dan cinnamon sehingga naik bau.
2. Masukkan kurma spice dan air sikit, kacau sehingga pecah minyak. 
3. Masukkan coconut milk (santan) dan ayam sehingga mendidih. 
4. Masukkan carrot dan cauliflower sehingga masak. Siap!
5. Boleh di hidang bersama nasi lembik atau blend bersama nasi utk baby yg masih kecil.

Yum Yum 😋

Rolled Oat + Banana


Cara-Cara: 
1. Rendam 2 sudu besar organic rolled oat (sekali makan) dlm mangkuk berisi air 3-4 jam sebelum nak guna. Kalau nk makan untuk breakfast, boleh rendam malam tu sebelum tido. 
2. Selepas oat dah nampak kembang, basuh dan toskan, dan rebus dlm periuk. 
3. Kacau-kacau sehingga mendidih dan oat dah nampak pekat likat. Siap!
4. Angkat dan boleh makan bersama buah-buahan.  

İlgili resim
i guna rolled oat brand Anzen ni

Nasi Goreng Butter Baby


Cara-Cara:
1. Cairkan unsalted butter 1 sudu besar dalam pan.
2. Masukkan garlic dan shallot, tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan carrot dan peas, kacau sehingga lembut dan masak.
4. Masukkan telur (pecahkan dulu telur dlm mangkuk baru masukkan dlm pan, 
i guna 1/2 je telur) kacau sehingga semua bahan sebati. 
6. Masukkan nasi 1/2 mangkuk kecil, gaul serata. Siap!

Selamat Mencuba

Yum yum 😋

Pumpkin Soup with Pasta


Bahan-Bahan: 
Pumpkin - di potong dadu
Pasta -direbus
1 sudu kecil cream cheese
1 keping cheese
1 sudu kecil mixed herbs


Cara-Cara:
1. Rebus/stim pumpkin sehingga empuk.
2. Blend pumpkin dgn sedikit air/susu dan masukkan dlm periuk.
3. Masukkan cream cheese, cheese, dan mixed herbs kacau sehingga mendidih. Siap! 
4. Curahkan pumpkin soup di atas pasta dan sedia utk di makan. 
5. Boleh juga blend semua skali utk bayi yg masih kecil. 

Selamat Mencuba

Fish Soup with Vegetables


 Cara-Cara: 
1. Tumis garlic, shallot, star anise, cinnamon dgn olive oil sehingga naik bau. 
2. Masukkan carrot, potato, peas dan air secukupnya. Biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan dan black pepper. Kacau dan biarkan hingga ikan dan semua sayur masak. Siap!
4. Boleh diblend bersama bubur nasi utk bayi yg masih kecil.

Selamat Mencuba  


Sayur Masak Lemak

Resepi ini asal dari mak dan ini merupakan sayur masak lemak versi kelantan. Sayur masak lemak ni paling enak dimakan bersama ikan goreng garing dan budu serta ulam-ulaman 😋. Pasti akan membuat anda makan bertambah-tambah. Let's cook!

Sayur Masak Lemak Anisa

Cheesy Salmon Soup


Cara-Cara:
1. Tumis garlic dgn olive oil sehingga wangi.
2. Masukkan salmon, potato dan air secukupnya sehingga mendidih.
3. Masukkan zuchinni dan kacau lagi sehingga semua bahan masak. 
4. Masukkan cheese dan terus tutup api. Kacau rata. Siap
5. Boleh blend bersama bubur nasi atau makan mcm tu je. 


Baby Pasta with Chicken Soup



Cara-Cara: 
1. Rebus baby pasta dlm air mendidih sehingga lembut dan masak. Angkat dan toskan. 
2. Tumis garlic, onion, cinnamon, clove, and star anise bersama olive oil sehingga naik bau. 
3. Masukkan ayam, carrot, calery, broccoli dan air secukupnya. Kacau sehingga mendidih dan masak. Siap
4. Blend sup bersama baby pasta utk bayi yg kecil atau boleh juga makan mcm tu utk bayi yg dh besar.

Selamat Mencuba 





Kuah Laksa Kelantan

Laksa kelantan (loghatnya "lakso kelate") sememangnya antara makanan terkenal di Kelantan. Laksa kelantan mmg wajib i makan bila balik ke kampung, klu tak pasti akan teringat-ingat sampai bulan depan haha 😅.. 
Keistimewaan laksa ini semestinya terletak pada kelazatan kuahnya yg lemak manis. Resepi asal kuah laksa kelantan ini i jumpa time bergoogle hee. So, i cuba laa buat dan olah sikit2 dgn bahan yg ada (btw, i buat kuah je tau, laksa panjang-panjang tu dah beli yg ready-made punya hehe). Let's cook!

Kuah Laksa Kelantan Anisa

Buttermilk Chicken

Buttermilk chicken antara menu yg sgt mudah dan cepat. Menu ini juga menjadi kegemaran kanak-kanak kerana rasanya yg manis dan berlemak.  Let's cook!

Buttermilk Chicken Anisa

Daging Goreng Kunyit

Daging goreng kunyit atau kami memanggilnya sbg 'daging minyak' merupakan menu kegemaran kami adik-beradik. Kalau bulan puasa mak akan selalu goreng daging minyak ni utk sahur sbb barulah berselera utk kami makan hehe. Just mkn nas putih panas dan daging minyak nie jee dah boleh tambah nasi 2 pinggan tau haha jgn main-main dgn menu ini sgt merbahaya 😆.. Let's cook! 

Daging Goreng Kunyit Anisa

Ayam Masak Kurma

Ayam masak kurma nie sebenarnya mak i tak pernah masak pon. Belajar makan kurma ayam nie sejak i belajar kat shah alam. Haa kat situ laa mula suka dan tertarik dgn kurma ayam. Tambahan sekarang ni dah kahwin dan suami pula mmg suka sgt makan kurma ayam. So, i pon belajar laa buat kurma ayam yg sedap ini. Let's cook! 

Ayam Masak Kurma Anisa

Yusuf Turns 1

Assalamualaikum w.b.t praise be to Allah, Lord of the Universe
Alhamdulillah, our baby Muhammad Yusuf Al Fatih Bin Muhammad Aiman has turns 1-year-old. (yeah time flies very fast, and i still remember "that moment" i gave birth to him one year ago 😢
And today, Yusuf can just walk by himself 😌. (my baby is a big boy now) 

Muhammad Yusuf Al Fatih 1-year-old

Osaka, Japan

Assalamualaikum w.b.t. for this entry i would like to throwback our trip to Osaka, Japan last year (dah hampir dua tahun kot, jd bnyk yg dah lupa so i akn tulis mana yg igt je la ea hee). 
So let’s explore!


Pumpkin Pancake


Pumpkin (Labu) di kategorikan dlm kumpulan sayur-sayuran. Terdapat banyak nutrisi labu utk bayi antaranya kaya dgn Vit A, Vit C & Beta Carotene. Selain itu teksturnya yg lembut  memudahkan bayi utk menikmati labu dgn aman. 

Puri labu antara makanan yg terawal i bagi pada yusuf semasa dia berusia 6-7 bulan. Sekarang dah besar dan ada gigi boleh laa makan versi pancake pula. So, let’s cook!

Pumkin Pancake (baby size)

Nasi Lemak & Ayam Goreng Berempah


Assalamualaikum w.b.t

Actually this is my first "Nasi Lemak" that i've ever cooked haha
 (biasalaa kan ddk jauh di negara nie mana nak cari nasi lemak oiii klu ade pon jauh sgt pastu harga pulak 25tl sepinggan mmg idok laa teman nak belinya 😣) So ape lagi maka bergoogle laa kita sana sini mencari resepi nasi lemak terbaik pada abad ini pastu i olah sedikit mengikut bahan yg ada dan juga citarasa tekak i dan suami (plg penting hee) 

Maka dgn ini terhasil lah nasi lemak yg sungguh lazat ini 😜 
(serius sedap kot, i pon mcm terkejut bila mkn je suapan pertama tu rasa cam tak percaya je i can make a delicious nasi lemak haha). Done angkat bangkul (just kidding okey, dont be soo serious hidup ini kadang-kadang kala kene ade tawa dan senyuman baru laa rase fresh kan) and let’s cook! 

Nasi Lemak Ayam Berempah Anisa

Nasi Tomato & Ayam Masak Merah


Assalamualaikum w.b.t sejak ada dapur sendiri nie i mmg sgt suka masak 😆. Makanan yg i tak pernah masak pon i akn cuba buat sampai menjadi. So, menu yg i baru  cuba masak adalah
Nasi Tomato & Ayam Masak Merah. Sblm nie dah penuh masak nasi tomato cuma tk rasa woww sgt.. So tried again and this is my second time cooked nasi tomato and amazingly it was
WOW WOW
😍haha! Let’s cook!


Nasi Tomato & Ayam Masak Merah Anisa

Ikan Tenggiri Masak Lemak


Assalamualaikum w.b.t 
Resepi kali ini adalah original from my mother. Masakan ini mmg menjadi kegemaran kami sekeluarga dan kami panggil masakan ini sbg gulai kuning. Masakan ini mmg terbaik klu mkn bersama nasi putih panas dan sambal belacan perghhh mmg terbaik laa 😋. So, let’s cook!

Ikan Tenggiri Masak Lemak Anisa


Dimakan bersama nasi putih panas dan ulaman perhhhh mmg terbaik 😋

Nasi Beriani Ayam & Gulai Terung


Assalamualaikum w.b.t 
I masak nasi beriani ayam ni semasa jamuan hari lahir yusuf. Semua tetamu makan bertambah-tambah dan puji sedap. Actually senang sangat nak masak nasi beriani resepi i nie, sbb nya i guna paste yg dh siap huahua 😜
So let’s cook!

Nasi Beriani Ayam Anisa

Pregnancy Experience


Assalamualaikum w.b.t 

For this entry i would like to share about my 1 st pregnancy journey way back on 2017 (haha walaupon dah setahun berlalu tp i masih igt detik-detik itu ketika Yusuf masih dalam kandungan 😗)

Alhamdulillah selepas sebulan lebih berkahwin, i'm positively pregnant 💖  Walaupon waktu tu i masih study in my final semester (master) at UUM Sintok, i'm okay and just proceed with my study (sbb dah nk hbs kan and dah tk bnyk kelas, just writting thesis and adalah assignment sikit-sikit). Actually, mmg plan nak pregnant time study pon sbb nnt konvo nak bawak baby sama-sama tgkp gmbr pakai robe, haha impian dulu-dulu kahkah 😁

So, after our holiday in Osaka > i pregnant > holidays dgn in-laws kt Cameroon Hingland > and terus balik UUM sbb kelas dah start. Time tu dah rasa pening-pening sbb bnyak sgt berjalan non-stop (time tu rasa tak nk jalan dah nk ddk dlm bilik jee rehatt) 😩. So, PJJ lah i dgn aiman, one in Kedah and one in Klang (aiman baru hbs master and tgh nk set up bisnes kt Klang). Well, being pregnant and PJJ with husband is not an easy thing at all!! especially when u're just got married, like me huhu. 

Well it is just that you wanted to be overly attached to your husband all the time (sindrom ibu-ibu mengandung, mungkin ada yg tidak mcm ni, tp mostly mcm tue la kan kan)
😭. Mostly perempuan nie walaupon sebelum kahwin dia independent, kuat, berani, lasak,but after dah kahwin pasti akan jd wanita melayu yg alahaii lemah gemalai longlaii laii laii haha 😅. I tuju kt diri i jgk, sbb dulu suka buat benda lasak (i dulu pengakap raja so faham faham je laa kan ), panjat pokok, terjun sana sini, camping dlm hutan, masuk hutan tebang buluh, tido kt pondok dlm hujan, berkayak kt sungai yg ade buaya haha 🐊🐊, ekspedisi berjalan kaki tgh panas sambil bawak bendera Malaysia haha (aahh i just missed my King Scout Day!!) 

So the conclusion is, ibu-ibu mengandung nie emosi nya tak stabil, kejap ok kejap tak sbb pertukaran hormon mungkin ermm.  Kalau yg berjauhan dgn husband tu SERIOULSY YOU HAVE TO KEEP STRONG!! for the sake of your baby. I dulu kat kolej ddk level 4 (dh cuba mtk ddk level bawah tp tk dpt
😭, i redha je lah and time tue just yakin Allah akn tolong jaga kandungan ini 😇. So i kuatkan laa diri turun naik tangga level 4 everyday pegi kelas, lunch, klu nk basuh kain pon turun level bawah skali jgk sbb washing machine ade kt bawah jee huhu, so gigih laa tarik laundry bag turun tangga naik tngga smpai rabak jgk laa laundry bag tue haha. 

Everyday i just keep strong, and Alhamdulillah i tak de morning sickness yg teruk just angin badan sikit-sikit masa 1st trimester je, so i can complete my study on time. I penah muntah 2 kali je sepanjang pregnant and both in hostel and in my room, ALONE
😭, lepas muntah cepat-cepat tido sbb takut sedeh and cry haha (serioulsy i plg takut utk menangis time pregnant dulu sbb risau sgt baby will be emotinally affected and bila dah besar nnt jd suka nangis and cranky) disebabkan mindset itulah mostly time pregnant i akn berusaha utk gembira dan gelak ketawa je. 

Time pregnant i mmg jaga makan, i akn makan sayur-sayuran setiap hari, buah-buah tak payah ckp laa, dlm bilik atas rak buku tu dh mmg mcm kebun buah-buahan dah i beli semua jenis buah yg tahan lama, buku ade jugak laa 2 3 ketul haha tp yg bnyk makanan laa haha. Aiman pon ade belikan makanan sunnah mcm kurma 1 balang, kismis 2 balang, badam 1 balang, walnut 1 balang haha balang besar plak tu mmg satu sem tu tk hbs pon mkn sbb bnyk sgt haha.. Time bulan puasa i akan blend kurma, badam, walnut and susu time sahur utk kekal bertenaga sepanjang hari.. Alhamduliilah i dpt puasa penuh tahun lepas. 

So dalam masa i masih study kt UUM, i pergi check-up pon sorang laa kt Klinik Kesihatan kt sana. Part sedehnya, time nk ambik darah tu (kali pertama dlm hidup i ambik darah, jd i sgt takut resah dn gelisah sb takut sakit haha) i takut gila and tgh tggu turn nk ambik darah tue i call aiman sbb nk suruh dia bg kata-kata semangat tp i sebak plak tetibe dah tk boleh nk berckp dah plak haha and depan i tu ade couple ni husband dia laa temankan isteri dia pergi ambik darah, tp i  aiman teman dlm hp je huuhu
😭. just keep strong okay.  Time nk ambik darah tu tnya nurse, nurse sakit tak? sbb sy ni takut sikit nurse (apahal berkayak ngn buaya tp nk ambik darah takut haha). Nurse ckp sakit sikit je mcm kene gigit semut. Tp betul laah mcm kene gigit semut.. haha terima kasih nurse. So, otw balik dri check-up i beli nasi lemak 3 bungkus utk menggembirakan hati ini haha (utk baby 2 bungkus oke) 😆  

Lepas habis belajar around 13 jun, i pon balik rumah parents time tu dah 5 months ++. So, i ddk laa rumah dan aiman teruskan perniagaan dia sampailah end of September he flies to Turkey to further his study. Yes, it is not an easy decision for both of us, lagi sebulan jee i nak bersalin (aiman ada buat surat kt uni dia nk postponed utk tggu i hbs bersalin, tp pihak uni ckp tk boleh so huhuhu laa) kami rancang lain, tp Allah tunjukkan jalan ini dan kami terima. Jd PJJ lg laa kami tp ini jauhhhh punya huhu. Semua persiapan bersalin dan berpantang dah cukup lengkap aiman sediakan sebelum dia fly, cuma emosi i jee tk stabil lg huhu. Pernah sekali i sedeh gila-gila time aiman kt turki and i masa tu dah sarat 8 months pregnant and i tahu dia mmg takkan dpt teman i dlm labour room, takkan dpt azankan ank pertama kami, takkan dpt jaga i dlm pantang, takkan dpt teman i and baby check-up, AND paling utama tak tahu bila pulak aiman dpt balik Malaysia
😭

Well, anak pertama kan mestila laa nak ada moment sambut anak pertama sama-sama dgn suami kan kan?? So, time sedeh gila tu i tahan nangis (sbb kesian kat baby and takut baby kuat nangis nnt dah lahir hahaha) sampai rasa sakit dada yg amat and then i forced myself to smiled but my tears keep falling down, psycho gila kan haa haa (tgh tulis entry nie pon air mata dh bertakung
😢 sbb bila teringat balik time pregnant dulu it was really hard for me, jd klu nmpk i happy jee skrg ni jalan sana sini i pon penah lalui fasa down itu). Pokoknya, bersabarlah..Bak kata aiman "sabarlah nnt akan ada pelangi jugak utk kite 🌈"

Walaupon aiman tiada di sisi saat i mengandung dan bersalinkan yusuf, but i have my parents, parents in-law, families that always stayed besides me. Ayah akan selalu belikan i makanan atau apa-apa yg i mengidam. Buah dkt rumah tu tak pernah putus selalu ada kt dapur hari-hari ayah akn beli. Mak plk akan masak mknn berkhasiat dn selalu paksa i mkn hati ayam utk naikkan hb haha. Time dlm labour room pon mak i yg temankan, bacakan ayat-ayat al-quran. Ibu ayah mertua pon selalu call dan mesej and time nak bersalin pon mereka dtg dari perak ke kelantan on the spot huhu
😭. There are no words to describe my gratitude, just thank you and thank you may Allah grant Jannah for you.

At 40 weeks 4 days, i pon bersalinkan anak pertama kami yg diberi nama Muhammad Yusuf Al Fatih Bin Muhammad Aiman. Alhamdulillah proses bersalin semua lancar, i bersalin secara normal dan yusuf pon sihat sempurna dgn berat 3.2kg. Selepas tido kt hospital satu malam, esoknya dah boleh check-out. Dari yusuf baby Alhamdulillah senang nk jaga dia tak kuat nangis, tak cranky klu pergi jalan-jalan, klu mengantuk sgt dlm baby carrier dia akn tertidur sendiri haha (as long as perut kenyang and pampers selalu tukar klu dh penuh). 

So, berdasarkan pengamalan i, ibu-ibu yg pregnant perlu kuatkan semangat and jgn emosi sedeh-sedeh, jgn stress (i ada bace article ni and it said stress is a major factor in early births). Senyum dan gembira selalu.. InsyaAllah baby pon akan gembira dan sihat sentiasa
😇

Happy Mom Happy Baby
💖